Anda di sini

Lelaki terselamat, van dipandu terlibat kemalangan

Advertisement
Keadaan van mangsa yang terbalik dalam semak di tepi jalan.
Keadaan van mangsa yang terbalik dalam semak di tepi jalan.

MIRI: Seorang lelaki terselamat setelah van yang dipandunya terbabas dalam kemalangan  di simpang jalan kampung Padang Kelulit ke jalan pesisir pantai sekitar  tengah malam tadi. 

Mangsa berjaya dikeluarkan dari van yang  dalam keadaan terbalik dalam semak  tidak jauh dari laluan. 

Kejadian dilaporkan berlaku sekitar pukul 11 malam.  

Pasukan bomba dari balai Bomba dan Penyelamat Miri bergegas ke lokasi yang terletak 56 km dari pusat bandaraya. 

Mangsa mengalami kecederaan ringan dan kini sedang mendapat rawatan di Hospital Miri. 

  • oleh
  • Advertisement