Anda di sini

Kemeriahan kepelbagaian perayaan dalam negara perlu terus dipelihara

Advertisement
SHAFIE (tengah) melayan tetamu yang hadir ketika di rumah terbuka berkenaan.
SHAFIE (tengah) melayan tetamu yang hadir ketika di rumah terbuka berkenaan.

SEMPORNA: Sambutan kepelbagaian perayaan dalam negara ini perlu terus dipelihara kemeriahannya kerana ia adalah landasan terbaik bagi memupuk serta mengukuhkan perpaduan masyarakat majmuk di Malaysia khususnya Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, Hari Raya Aidilfitri bukan lagi hanya untuk orang Melayu atau Islam tetapi di Sabah perayaan itu untuk semua.

"Ia seperti Pesta Kaamatan baru-baru ini pelbagai kaum dan semua lapisan masyarakat meraikannya.

"Ini landasan menyatukan rakyat, pelbagai rakyat, jangan ada perkauman, kita nampak pada hari ini, Hari Raya Aidilfitri tapi ada lagu Kaamatan didendangkan," katanya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Ketua Menteri Sabah di kediamannya di sini.

Beliau berkata, menerusi platform berkenaan, rakyat negara ini akan terus bersatu bagi mencapai agenda pembangunan negara ke arah yang lebih maju.

Katanya, sekiranya tidak wujud sebarang persefahaman dalam kalangan rakyat, kerajaan tidak mampu memacu Malaysia ini ke arah negara yang lebih membangun.

"Resepi sesebuah negara untuk membangun adalah kerana kesatuan rakyatnya, selain tokoh kepimpinannya serta pelaksanaan dasar-dasar pembangunan," katanya.

Dalam pada itu, majlis rumah terbuka yang menyediakan pelbagai juadah makanan serta persembahan artis tempatan turut dihadiri kira-kira 5,000 orang.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Menteri Pembangunan Infrastruktur Datuk Peter Anthony, Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Junz Wong, Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Datuk Frankie Poon serta menteri-menteri Kabinet yang lain.

  • oleh
  • Advertisement