Anda di sini

Tiada keperluan RCI kedua berkaitan PTI di Sabah, kata Liew

Advertisement
LIEW bersalaman sambil menyampaikan sumbangan kepada warga emas sempena majlis itu.
LIEW bersalaman sambil menyampaikan sumbangan kepada warga emas sempena majlis itu.

SANDAKAN: Cadangan bagi menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) kedua berkaitan Pendatang Tanpa Izin (PTI) di Sabah adalah tidak praktikal dan tiada keperluan buat masa ini.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, berkata  mengadakan RCI kedua terhadap isu yang sama itu adalah tidak priktikal dan tidak perlu diadakan.

“RCI pertama telah pun ditubuhkan pada tahun 2012, Suruhanjaya itu  telah pun dijalankan dengan memanggil beberapa saksi-saksi utama dalam perkara ini,” katanya.

Beliau  telah difahamkan bahawa laporan RCI itu telah dilengkapkan tetapi apakah yang telah berlaku kepada laporan itu kita tidak mengetahui.

“Memandangkan laporan terhadap RCI itu telah dilaksanakan beberapa tahun lalu, jadi mungkin kita boleh guna pakai laporan yang telah lengkap berkenaan,” katanya

Liew berharap laporan itu dapat didedahkan kepada pihak kerajaan melalui Dewan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) agar kita dapat mengambil peranan serta menjadikan loparan itu sebagai rujukan.

“Saya difahamkan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan telah dilantik oleh kerajaan terdahulu sebagai Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Warga Asing di Sabah dan Pengerusi RCI, Tan Sri Steven Shim yang merupakan bekas Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak,” katanya.

Beliau menegaskan buat masa ini tidak ada keperluan bagi wujudkan RCI kedua bagi menyiasat isu yang sama sedangkan RCI pertama telah dilaksanakan sejak 2012.

Liew berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyampaian sumbangan Hari Raya kepada kira-kira 1,000 warga emas di kawasan Batu Sapi. Para penerima menerima bungkusan padi dan Raya wang tunai semasa majlis yang diadakan di balai Projek Perumahan Rakyat Batu Sapi pada Ahad.

Mengenai RCI berkaitan salah laku kehakiman, beliau berkata perkara itu sedang diteliti sementara menunggu keputusan kes saman difailkan Presiden Parti Maju Sabah Datuk Sri Yong Teck Lee yang mencabar kesahihan RCI itu.

"Dengan saman ini, proses undang-undang yang wajar harus dijalankan dan Kerajaan akan menunggu keputusan mahkamah untuk hasil saman itu. Pengurusan kes telah ditetapkan oleh Mahkamah dan sekarang kita hanya perlu menunggu tarikh pendengaran yang dijangka diadakan sesudah Hari Raya Aidilfitri, "katanya.

  • oleh
  • Advertisement