Anda di sini

Ta Ann berjaga-jaga dengan senario geopolitik global semasa

Advertisement
 Hamed (lima kiri) mempengerusikan AGM semalam, yang turut dihadiri oleh (tiga dari kanan) Sa’id, Wong dan yang lain.
BERJAGA-JAGA: Hamed (lima kiri) mempengerusikan AGM semalam, yang turut dihadiri oleh (tiga dari kanan) Sa’id, Wong dan yang lain.

SIBU: Walaupun prospek lebih baik, Ta Ann Holdings Berhad (Ta Ann) tetap berjaga-jaga dengan senario geopolitik global semasa.

Pengerusi Eksekutif Ta Ann Datuk Amar Abdul Hamed Sepawi berkata, ini termasuk perang perdagangan antara China dan Amerika Syarikat, permintaan luar negera yang perlahan serta kenaikan kos pinjaman yang dijangka terus mengimbangi ekonomi global dan Malaysia tahun ini.

Beliau berkata demikian menerusi mesejnya daripada Buku Laporan Tahunan Ta Ann 2018 yang dikeluarkan semasa Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Ta Ann Ke-22 di sini, semalam.

Turut hadir Pengarah Urusan Ta Ann Dato Wong Kuo Hea yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Ta Ann, Pengarah Eksekutif Sa’id Dolah dan yang lain.

Hamed berkata, dengan penyatuan semasa dalam pengeluaran kayu selaras dengan pensijilan pengurusan hutan lestari, strategi untuk meningkatkan hasil pengeluaran, penyelesaian kreatif dalam membangun dan mempromosikan produk bernilai tambah dalam aktiviti hiliran selaras dengan inisiatif kerajaan akan menjadi tumpuan utama.

“Tinjauan ekonomi jangka panjang di India, pasaran kayu utama kami kelihatan menjanjikan pengaruh yang semakin meningkat. Kami positif bahawa permintaan dari India akan bertambah baik.

“Pasaran kayu tetap berdaya saing sementara strategi pemasaran kami adalah tertumpu kepada pasaran yang menghargai nilai kayu keras daripada bersaing secara langsung dengan kayu halus,” katanya.

Gesaan kerajaan dari seluruh dunia untuk bahan bakar mesra alam sebagai sumber alternatif tenaga boleh diperbaharui sedang diterjemahkan sebagai penggunaan biofuel yang mandatori, katanya.

Beliau berkata, jangkaan peningkatan penggunaan minyak kelapa sawit untuk tenaga dijangka menjadi faktor utama dalam menetapkan tahap harga baharu bagi keseimbangan bekalan dan permintaan pada tahun ini.

Menurut Hamed, Bahagian Minyak Sawit akan menjadi penyumbang utama kepada pendapatan kumpulan (Ta Ann) dalam beberapa tahun akan datang.

Tanpa mengira keadaan yang tidak diduga, beliau yakin bahawa prestasi memuaskan bagi tahun ini.

Bagi kewangan tahun lepas, beliau berkata Ta Ann telah mengumumkan dividen sebanyak 10 sen sesaham. Ini berjumlah RM44.43 juta, mewakili nisbah pembayaran dividen bersih sebanyak 50 peratus.

Advertisement