Anda di sini

Ibu kanak-kanak lelaki dicari

Advertisement
CHIN TZE MING
CHIN TZE MING

SANDAKAN: Pejabat Perkhidmatan Kebajikan Am Bahagian Sandakan meminta ibu kandung kepada seorang kanak-kanak lelaki tampil bagi membantu siasatan untuk urusan hak penjagaan.

Pelindung Sharmilla Marzuki berkata, kanak-kanak bernama Chin Tze Ming diserahkan kepada pengadu Chin Fook Ming yang beralamat di Lot 17, Kampung Sungai Manila, Peringkat 1, Jalan Cina, Batu 12 di sini oleh ibu kandung kanak-kanak terbabit semasa dia berusia 3 tahun.

Sehubungan itu, pihaknya meminta keluarga atau waris tampil membantu siasatan bagi memudahkan urusan hak penjagaan kanak-kanak berkenaan.

Untuk sebarang maklumat, boleh menghubungi Sharmilla di pejabatnya Aras Bawah, Bangunan Urusetia Negeri, Jalan Labuk, Sandakan atau melalui talian 089-668494/667821.

  • oleh
  • Advertisement