Anda di sini

Bubur lambuk Bernas imarahkan Ramadan

Advertisement
JASNIH menyerahkan bubur lambuk untuk diagih-agihkan kepada masjid dan pengguna jalan raya.
JASNIH menyerahkan bubur lambuk untuk diagih-agihkan kepada masjid dan pengguna jalan raya.

KOTA KINABALU: Bubur lambuk Padiberas Nasional Berhad (Bernas) imarahkan sambutan bulan Ramadan pada tahun ini.

Program gotong-royong oleh kakitangan Bernas Sabah itu telah berjaya menyediakan sebanyak 1,500 bubur lambuk yang dimasak menggunakan beras wangi.

Program julung kali itu sememangnya mencapai matlamat dengan tujuan mengeratkan hubungan bersama masyarakat setempat.

Program berkenaan telah dijalankan dengan kerjasama pihak Sazarice Sdn Bhd, Adabi dan Kelab Bernas Malaysia Cawangan Sabah.

Ketua Jabatan Operasi Malaysia Timur (Sabah), Jasnih Daya terharu dengan komitmen yang telah ditunjukkan oleh warga Bernas Sabah dalam menghasilkan bubur lambuk itu.

BERNAS Sabah mengagih-agihkan bubur lambuk kepada masjid yang berdekatan di ibu negeri.
BERNAS Sabah mengagih-agihkan bubur lambuk kepada masjid yang berdekatan di ibu negeri.

"Bubur lambuk ini amat istimewa, kerana ia dimasak menggunakan beras wangi. Saya berharap program ini akan dapat diteruskan kerana respon yang diterima daripada orang ramai amat positif.

"Program ini juga bertujuan mengeratkan lagi hubungan bersama masyarakat setempat selain mengimarahkan bulan Ramadan,” katanya.

Bubur lambuk itu kemudiannya diedarkan kepada masjid yang berdekatan di ibu negeri dan pengguna jalan raya yang melalui kawasan tapak program.

Advertisement