Anda di sini

Puting beliung ragut tiga nyawa di wilayah tengah AS

Advertisement
 Keeley Frank yang berusia sembilan tahun memegang anak patung yang ditemui datuk dan neneknya, Al dan Barb Scheidegger di bahagian stor rumah mereka yang musnah akibat puting beliung di Jefferson City, Missouri kelmarin. — Gambar AFP
MUSNAH: Keeley Frank yang berusia sembilan tahun memegang anak patung yang ditemui datuk dan neneknya, Al dan Barb Scheidegger di bahagian stor rumah mereka yang musnah akibat puting beliung di Jefferson City, Missouri kelmarin. — Gambar AFP

WASHINGTON: Anggota penyelamat melakukan pencarian dari rumah ke rumah bagi mangsa yang terselamat kelmarin di negeri Missouri di tengah Amerika Syarikat (AS) selepas ribut kuat melanda wilayah tersebut, mencetuskan beberapa puting beliung dan banjir yang memusnahkan.

Tiga orang terbunuh di pekan kecil Golden City, Missouri, kata pihak berkuasa, sementara penduduk di ibu negeri Jefferson City telah menerima kesan akibat ke-rugian berpunca daripada apa yang digelar oleh Perkhidmatan Cuaca Negara sebagai satu ribut yang “besar dan memusnahkan” pada malam Rabu lepas.

“Aktiviti ribut kuat pada malam semalam dan banjir yang semakin meningkat telah memusnahkan negeri kami,” Gabenor Mike Parson me-nyatakan di Twitter.

Pihak perkhidmatan cuaca menganggarkan bahawa ribut adalah jenis EF-3 pada skala kosong hingga lima, dengan angin selaju 160 bsj (257 ksj).

Puting beliung telah memus-nahkan beberapa rumah, merobohkan dinding dan mencabut bahagian bumbung di Jefferson City. Pokok yang patah dan tiang elektrik yang tumbang telah menghalang jalan raya.

Maklumat penuh dan kos kerugian masih belum jelas.

“Saya tidak menyedari betapa emosional ketika melihat kemusnahan di pekan ini dan semuanya telah mus-nah,” seorang penduduk Eric Powell memberitahu televisyen KMOV ketika beliau meninjau kawasan tersebut.

“Ia sangat menyedihkan ketika melihat kemusnahan ini,” tambahnya.

Satu berita baik muncul dari Pejabat Pentadbiran di negeri ini yang mengumumkan pada tengah hari kelmarin bahawa bangunan Missouri State Capitol tidak mengalami sebarang kerosakan.

Anggota penyelamat telah memeriksa dari pintu ke pintu bagi mangsa terselamat. Kira-kira 20 orang telah menerima rawatan di beberapa hospital malam semalam, menurut pihak berkuasa.

Di sebalik kemusnahan yang meluas, tidak ada laporan mengenai kematian atau kecederaan tambahan di Jefferson City.

Kemusnahan di merata-rata tempat telah dijangka akan menyebabkan sebahagian penduduk kehilangan tempat tinggal selama beberapa minggu.

Universiti Missouri telah menawarkan penempatan di kampusnya.

“Ketika kami berbincang dengan pegawai tempatan dan negeri untuk memahami skop sepenuhnya bagi bencana ini dan usaha pemulihan, kami akan mengarahkan bantuan tambahan,” kata Gary Ward, ketua operasi di universiti tersebut, dalam satu kenyata-an.

Lebih 24 ribut kuat telah dilaporkan semalaman di Missouri dan negeri berhampiran Oklahoma. Ribuan orang telah berada dalam keadaan tanpa bekalan elektrik.

Ameren Missouri, sebuah syarikat pembekal bekalan elektrik, menyatakan lebih 400 kru telah berusaha untuk mengembalikan bekalan elek-trik di Jefferson City, namun gangguan itu mungkin akan berterusan sehingga hujung minggu.

Pihak perkhidmatan cuaca meramalkan ribut kuat dan lebih teruk akan terus berlaku sepanjang hujung minggu di Missouri dan Illinois, menyebabkan “banjir berterusan di sungai di seluruh Missouri dan kawasan Sungai Mississippi.”

Air bah naik di Oklahoma, merosak atau memusnahkan beberapa rumah di sepanjang terusan yang melimpah. Terdapat kebimbangan bahawa beberapa empangan mungkin akan pecah dan penduduk telah digesa agar bersedia untuk berpindah.

Beberapa rumah telah dilaporkan musnah di pekan kecil Crescent di sepanjang Sungai Cimarron, ketika penduduk yang tinggal berhampiran dengan sebuah empangan di Tasik Keystone Lake di bandar Tulsa telah digalakkan agar berpindah atau bersedia untuk berbuat sedemikian disebabkan kemungkinan empangan akan pecah.

Televisyen KJRH melaporkan beberapa baj telah melanggar sebuah empangan di Sungai Arkansas di Muskogee, Oklahoma. Tidak ada laporan lanjut mengenai keadaan empangan tersebut. — AFP

Advertisement