Anda di sini

Kontraktor maut terjatuh bangunan

Advertisement
ANGGOTA polis melakukan siasatan di lokasi kejadian.
ANGGOTA polis melakukan siasatan di lokasi kejadian.

KOTA KINABALU: Seorang pekerja kontraktor maut selepas terjatuh dari tingkat satu bangunan pasaraya di sini pada awal pagi hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, kejadian jam 3.30 pagi disedari pengawal keselamatan bertugas di bangunan terbabit.

“Mangsa warga tempatan berumur 21 tahun beralamat Kampung Beraya Batu 1 Miri Sarawak dipercayai terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter.

“Ketika kejadian mangsa sedang mencuci cermin di bangunan pasaraya itu dan impak kejadian menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di kepala,” katanya.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Queen Elizabeth untuk tindakan selanjutnya dan kes disiasat mengikut kes mati mengejut.

  • oleh
  • Advertisement