Anda di sini

Keputusan mansuh Akta Hasutan 1948 selaras manifesto

Advertisement
 Para media merakamkan gambar kenangan bersama tetamu jemputan dalam Majlis Berbuka Puasa dan Sambutan Pra-Gawai anjuran Parti DAP di Miri, malam kelmarin.
BERBUKA PUASA: Para media merakamkan gambar kenangan bersama tetamu jemputan dalam Majlis Berbuka Puasa dan Sambutan Pra-Gawai anjuran Parti DAP di Miri, malam kelmarin.

MIRI: Senator Alan Ling yang memetik kepada kenya-taan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) Datuk Liew Vui Keong sebelum ini mengata-kan Akta Hasutan 1948 dijangka dimansuhkan dalam tahun ini.

Alan yang juga Setiausaha DAP Sarawak berkata, sebelum kemerdekaan undang-undang ini secara sejarahnya digunakan untuk menyekat perbezaan pendapat, ter-utamanya kerana skop luas undang-undang, takrif yang jelas tentang kesalahan dan penalti yang keras.  

“Keputusan yang diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang) adalah selaras dengan janji kerajaan dalam manifesto pilihan raya apabila kerajaan baharu terbuka pada kritikan yang membina di mana ia baik bagi kerajaan untuk meningkatkan prestasinya.

“Kami memahami kebebasan bersuara adalah asas masyarakat demokratik dan terdapat undang-undang sedia ada bagi memastikan ia tidak disalahgunakan seperti dalam keadaan di mana ia menghasut keganasan atau mempromosi-kan kebencian,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya semasa Majlis Berbuka Puasa dan Sambutan Pra-Gawai anjuran Parti DAP di sebuah hotel terkemuka di sini malam kelmarin.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut Dr Ting Tiong Choon.

Alan turut mengucapkan tahniah kepada media kerana Malaysia telah melonjak 22 anak tangga iaitu menduduki tempat ke-123 daripada 180 negara berbanding kedudukan 145 tahun lepas dalam Indeks Kebebasan Akhbar Sedunia yang dikeluarkan pada 28 April lalu oleh sebuah organisasi yang berpangkalan di Paris.

“Organisasi yang berpangkalan di Paris itu berkata dalam laporannya kebebasan akhbar menerima nafas baharu di Malaysia selepas gabungan parti pemerintah bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengalami kekalahan mengejut pada Pilihan Raya Umum pada Mei tahun lepas.

“Media cetak kini menawarkan pelbagai sudut pandangan yang lebih lengkap dan seimbang termasuk sokongan untuk gabungan parti pemerin-tah baharu diketuai Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan juga sokongan kepada parti pembangkang,” ujar beliau.

  • oleh
  • Advertisement