Anda di sini

Claudia dinobatkan Kumang Gawai Dayak R&R Borneo Cultural 2019

Advertisement
 Kumang Gawai Dayak R&R Borneo Cultural 2019,                 Claudia (tengah), Jessica (kiri) dan Madline.
TAHNIAH: Kumang Gawai Dayak R&R Borneo Cultural 2019, Claudia (tengah), Jessica (kiri) dan Madline.

KUCHING: Claudia Jara Luke dinobatkan Kumang Gawai Dayak R&R Borneo Cultural 2019 selepas me-ngalahkan lapan peserta akhir yang lain.

Majlis yang julung kali diadakan telah berlangsung pada 12 Mei lalu di Dewan Serbaguna Kampung Sungai Apong Baru.

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Menteri Muda Belia dan Sukan Sarawak Datuk Snowdan Lawan di-temani isteri beliau Datin Melinda Claudia.

Claudia, 22, berasal dari Sibu membawa pulang hadiah wang tunai RM500, mahkota, selempang, trofi, sejambak bunga, hamper set minyak wangi bernilai RM300, baucar Hannan Medispa bernilai RM1,000 dan baucar tunai daripada Jenny Bibi Beauty Center.

Beliau turut memenangi gelaran sampingan iaitu ‘Miss Intelligent’ dan ‘Best Catwalk.’

Naib juara gelaran ‘Lulong’ pula telah dimenangi Jessica Awing Ureng, 24, berasal dari Loagan Bunut Baram, Miri.

Beliau membawa pulang hadiah wang tunai RM400, mahkota, selempang, trofi, sejambak bunga, hamper set minyak wangi bernilai RM300, dan baucar Hannan Medispa bernilai RM500.

Beliau turut memenangi tiga gelaran sampingan iaitu ‘Miss Natural Beauty,’ ‘Miss Popular Multimedia,’ dan ‘Best Costume.’

Manakala, di tempat ketiga iaitu gelaran ‘Selinggar Mata-hari’ dimenangi Madline Awat, 21, berasal dari Kampung Ensika, Sebuyau.

Beliau membawa pulang wang tunai RM300, mahkota, selempang, trofi, sejambak bunga, hamper set minyak wangi bernilai RM300, dan baucar Hannan Medispa.

Madline turut merangkul gelaran sampingan iaitu ‘Miss Talent’ dan ‘Miss Fitness.’

Di tempat keempat dan kelima masing-masing dimenangi Bennysa Man dan Emelda Meringai.

Seramai empat penerima hadiah sagu hati iaitu Cassandra Clara, Elyiana Alis, Mariani Openg dan Emy Anatasia.

Pada majlis tersebut, Snowdan juga mengumumkan pemberian bantuan peruntukan dana kepada R&R Borneo Cultural.

Oleh yang demikian, pihak Pengurusan R&R Borneo Cultural bakal mengadakan pertandingan itu bagi kali yang kedua dengan tema ‘Komuniti Masyarakat Bidayuh.’

Majlis dimeriahkan lagi dengan pelbagai aktiviti se-perti cabutan tiket bertuah, pemilihan ‘Best Dress Male and Female,’ peragaan fesyen Hafiz DressMaker, dan per-sembahan artis tempatan Dino dan Patricia.  

Turut hadir Ketua Kampung Sungai Apong Baru Petinggie Ketit, pengerusi majlis Roger Lue dan timbalan pengerusi majlis Robert Inde.

Advertisement