Anda di sini

AS kemuka 17 pertuduhan baharu terhadap Assange

Advertisement
ASSANGE
ASSANGE

WASHINGTON: Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (AS) kelmarin berkata ia telah mengemukakan 17 pertuduhan baharu terhadap pengasas bersama WikiLeaks, Julian Assange, termasuk menerima dan menyiarkan secara salah dokumen sulit ketenteraan serta diplomatik pada 2010, lapor agensi berita China Xinhua.

Beliau didakwa melanggar Akta Pengintipan AS.

Bagaimanapun, pelbagai saluran media AS berkata pertuduhan baharu itu menyen-tuh isu Pindaan Pertama dan menimbulkan kebimbangan kerana ia boleh menjadi duluan berbahaya kepada wartawan.

Pertuduhan baharu itu termasuk konspirasi untuk menerima maklumat pertahanan negara, memperoleh maklumat pertahanan negara dan mendedahkan maklumat pertahanan negara.

Assange, 47, yang berasal dari Australia, berdepan hukuman maksimum penjara 10 tahun bagi setiap pertuduhan, jika disabitkan kesalahan.

Pertuduhan itu didedahkan semasa sidang akhbar yang diadakan para pegawai Jabatan Kehakiman di Washington DC.

Kerajaan AS tidak pernah berjaya mendakwa seorang individu yang bukan pegawai kerajaan kerana menyiarkan atau berkongsi maklumat sulit bocor secara tidak sah, kata Profesor Undang-Undang Universiti Chicago Geoffrey Stone kepada NBC News.

“Ini adalah sesuatu yang gila. Ini adalah pengakhiran bagi kewartawanan kese-lamatan negara dan pindaan pertama,” kata WikiLeaks menerusi akaun Twitter.

Dokumen rahsia yang disiarkan Assange diperoleh daripada bekas penganalisis Perisikan Tentera AS, Chelsea Manning, yang telah disabitkan dalam satu perbicaraan di Mahkamah Tentera pada 2013 dan dihukum penjara 35 tahun namun dibebaskan pada 2017 beberapa bulan selepas mendapat pengampunan daripada Presiden Barack Obama.

Manning membocorkan kira-kira 700,000 fail tentera termasuk sebuah video di medan perang dan kabel diplomatik kepada WikiLeaks, yang merupakan insiden kebocoran data sulit terbesar dalam se-jarah AS.

Assange dihukum penjara 50 minggu pada 2 Mei kerana melanggar Akta Ikat Jamin di Britain selepas diusir dari Kedutaan Ecuador di London, di mana beliau tinggal selama hampir tujuh tahun.

Katanya pada masa itu beliau tidak bersetuju diekstradisi ke AS atas pertuduhan berkaitan kesalahan membocorkan rahsia kerajaan.

Pangkalan data WikiLeaks                                               mengandungi kira-kira 90,000 laporan aktiviti penting ber-kaitan perang Afghanistan; 400,000 laporan aktiviti pen-ting berkaitan perang Iraq; 800 ringkasan penilaian tahanan Teluk Guantanamo dan 250,000 kabel Jabatan Kehakiman AS, menurut laporan media tempatan yang memetik pendakwa sebagai sumber. — Bernama

Advertisement