Anda di sini

Tamu Besar KPD di Tanjung Lipat pada 25 - 26 Mei

Advertisement
ANTARA pengusaha pameran jualan produk tempatan untuk dinikmati pengunjung.
ANTARA pengusaha pameran jualan produk tempatan untuk dinikmati pengunjung.

KOTA KINABALU: Tamu Besar KPD sempena Pesta Kaamatan dan Hari Raya Aidilfitri akan berlangsung di Kompleks Pemasaran Korporasi Pembangunan Desa (KPD) di Tanjung Lipat, di sini pada 25 dan 26 Mei ini.

Masa Tamu Besar KPD pada 25 Mei 2019 (Sabtu) ialah dari jam 6.00 pagi sehingga 10.00 malam, dan pada 26 Mei 2019 (Ahad), dari jam 6.00 pagi sehingga 1.00 petang.

Orang ramai dijemput datang bagi memeriahkan suasana tamu besar sepanjang dua hari berlangsung.
    
Pelbagai produk KPD dijual di tamu itu, antaranya  tiga jenis madu asli seperti madu kelulut, potiukan dan tropikal, ais krim susu kambing pelbagai perisa, susu kambing segar, teh moringa Borneo, ayam kampung hidup, ayam kampung segar, ayam pedaging, kelapa pandan cendawan, pelbagai jenis sayuran, buah-buahan dan sebagainya.
    
Acara sampingan lain ialah santai karaoke, acara senamrobik/zumba, pertandingan mewarna Kanak-kanak, pameran  kenderaan, beca berlampu, busking dan cabutan pengunjung bertuah.
    
Tamu besar KPD memberi peluang kepada para usahawan untuk memperagakan produk-produk mereka, manakala orang ramai boleh membeli pelbagai produk tempatan dengan harga yang berpatutan.
    
Kali terakhir Tamu Besar KPD sempena musim perayaan diadakan ialah pada 25-26 Januari lepas.
    
Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang tamu besar ini boleh menghubungi Ibu Pejabat KPD 088-291381/291329, Nicholas 014-3590065 dan Arifin 017-8038416.

Advertisement