Anda di sini

SMK Agama Miri catat rekod baru sesi bacaan Al-Quran

Advertisement
Fauzi dan Noriah bersama para pelajar yang menghasilkan rekod baru negara.
Fauzi dan Noriah bersama para pelajar yang menghasilkan rekod baru negara.

MIRI: SMK Agama Miri (SMKAMi) mencatatkan rekod baharu negara apabila berjaya menyempurnakan sesi bacaan al-Quran paling lama melibatkan pelajar selama 130 jam.

Kejayaan disahkan Timbalan Pengarah Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Putrajaya Ustazah Noriah Haron.

Pengetua Ustaz Ahmad Fauzi Yaakob berkata sesi bacaan bermula pukul 6 pagi Sabtu dan berakhir jam 5 petang Khamis melibatkan 170 pelajar terdiri dari 65 pelajar lelaki dan 105 perempuan. 

Majlis Khatam Alquran (penamat) diadakan di Surau Alfalihin SMKAMi yang turut dihadiri ibu bapa sebagai tanda sokongan.

Noriah berbangga dengan kesungguhan pelajar mengharumkan nama sekolah dan kejayaan sekolah menghasilkan rekod tersebut. 

Fauzi berkata, ia merupakan kejayaan besar sekolah tahun ini selain juara peringkat negeri untuk kategori Pusat Sumber Sekolah dan johan peringkat negeri pertandingan pantun. 

  • oleh
  • Advertisement