Anda di sini

Kopeks agih 9 peratus dividen kepada anggota

Advertisement
SEBAHAGIAN penerima dividen merakam gambar kenangan bersama dengan tetamu kehormat pada majlis berkenaan.
SEBAHAGIAN penerima dividen merakam gambar kenangan bersama dengan tetamu kehormat pada majlis berkenaan.

KOTA KINABALU: Koperasi Pekerja-Pekerja Kerajaan Sabah Berhad (Kopeks) mengagihkan dividen 2017 kepada anggota sebanyak 9 peratus tahun ini berbanding 6 peratus pada tahun sebelumnya.

Pengerusinya Datuk Maznah Abdul Ghani berkata, agihan keuntungan itu melibatkan sejumlah RM628,379 iaitu satu peratus atas yuran dan lapan peratus atas saham.

"Sebenarnya, kita mampu membayar 15 peratus seperti tahun 2015, namun pihak berkuasa koperasi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) meminta 9 peratus kali ini.

"Angka agihan dividen ini kita kekalkan dalam koperasi untuk kita menjana modal perniagaan," katanya ketika berucap pada Majlis Agihan Dividen 2017, di sini.

Maznah berkata, agihan dividen itu berlaku setiap tahun sejak 10 tahun lepas, yang mana Kopeks mencatat keuntungan berterusan dari tahun 2009 hingga tahun ini.

Katanya, sejak tahun 2009 hingga 2016, Kopeks sudah membayar dividen tunai kepada anggota sebanyak RM6.9 juta.

"Dalam tempoh 2009 hingga 2018, Kopeks telah mengeluarkan pinjaman keseluruhan sebanyak RM207.72 juta dengan mencatat untung terkumpul berjumlah RM27.179 juta.

"Kini, akaun Kopeks mencatat untung positif, tiada lagi rugi terkumpul RM24 juta lepas yang dialami sebelum 2005," katanya.

  • oleh
  • Advertisement