Anda di sini

Azriel, Nicole rangkul pingat emas Matematik

Advertisement
AZRIEL dan Nicole menunjukkan hadiah yang dimenangi di MiMAS 2019.
AZRIEL dan Nicole menunjukkan hadiah yang dimenangi di MiMAS 2019.

LABUAN: Dua murid SJKC Chi Wen, Azriel Jeffri Chin, 8, (Tahun 2) dan Nicole Tiong, 9, (Tahun 3) telah berjaya merangkul pingat emas dalam pertandingan MiMAS (Malaysia International Mathematical Arithmetic for School) 2019.

Mereka berdua berjaya merangkul emas bagi kategori Tahun 2 dan Tahun 3.

Pertandingan matematik yang dipertandingkan di seluruh negara itu telah berlangsung pada 11 April 2019.

Keputusan pertandingan yang diumumkan pada 18 Mei melalui halaman web rasmi MiMAS mencatatkan sejarah apabila dua murid dari Wilayah Persekutuan Labuan (Azriel dan Nicole) memperolehi pingat emas.

Azriel mengulangi kejayaannya tahun lepas, di mana dia merangkul pingat emas bagi kategori Tahun 1. Ia adalah satu kejayaan yang luar biasa buat seorang murid Tahun 2.

Dia menunjukkan minat mengira sejak berumur 4 tahun lagi. Dia sentiasa mengambil masa terluang untuk membuat latihan matematik.

Azriel adalah seorang murid yang aktif dan mempunyai jadual harian yang padat, di mana pada sebelah pagi ke sekolah, sebelah petang menghadiri kelas tuisyen, pada lewat petang pula menyertai latihan renang manakala sebelah malam membuat kerja rumah sekolah dan mengulang kali pelajaran.

Bagi Nicole, ia merupakan pingat emas pertamanya dalam pertandingan itu.

Pada tahun lepas, dia telah meraih pingat gangsa bagi kategori Tahun 2. Ia adalah peningkatan yang sangat membanggakan.

Menurut Guru Panatia Matematik SJKC Chi Wen Lai Chai Yuen, Azriel dan Nicole adalah murid cemerlang SJKC Chi Wen dalam akademik.

Selain itu, mereka sangat aktif dalam bidang sukan renang. Mereka telah mewakili sekolah dalam kejohanan Renang MSS WP Labuan dan beberapa kejohanan renang di peringakat negeri, kebangsaan dan antrabangsa.

"Ini menujukkan mereka adalah murid yang seimbang dalam semua bidang sama ada akedemik mahupun kokurikulum," katanya.

Beliau berkata, ia merupakan kejayaan yang membanggakan bagi SJKC Chi Wen.

Dangan kejayaan itu, Azriel dan Nicole telah layak untuk bertanding di Pertandingan Akhir MiMAS-National Mental Arithmetic Olympiad dan Shermo Cup Mental Arithmetic International Competition yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 1 hingga 2 Jun depan. Kedua-dua pertandingan itu berlangsung serentak.

Advertisement