Anda di sini

Majlis Anugerah Senarai Presiden rai kecemerlangan pelajar MSU College

Advertisement
 Presiden MSU dan MSU College, Profesor Tan Sri Datuk Wira Dr Mohd Shukri                  Ab. Yajid bergambar bersama para pelajar setelah tamat majlis.
HARI BERMAKNA: Presiden MSU dan MSU College, Profesor Tan Sri Datuk Wira Dr Mohd Shukri Ab. Yajid bergambar bersama para pelajar setelah tamat majlis.

SHAH ALAM: Seramai 330 pelajar MSU College menerima Anugerah Senarai Presiden sesi 2017/2018 bagi mengiktiraf kecemerlangan para pelajarnya dalam bidang akademik dan komponen kemahiran insaniah merangkumi Graduate Employability Skills (GEmS) dan Personal Enrichment Competency (PEC).

Mereka dipilih berdasarkan pencapaian Purata Gred Semester (PNGS) 3.50 dan ke atas untuk tiga semester berturut-turut.

Turut menerima anugerah ialah pelajar antarabangsa dari beberapa negara se-perti Brunei, Yemen dan Pakistan.

Penerima Anugerah Se-narai Presiden yang dirai ini terdiri daripada mereka yang mengikuti program pengajian di peringkat diploma dan sijil dalam pelbagai bidang dari cawangan MSU College iaitu Sabah (82 pelajar), Shah Alam (79 pelajar), Sarawak (51 pelajar), Kota Bharu (28 pelajar), Kuala Terengganu (26 pelajar), Seremban (24 pelajar), Sungai Petani (20 pelajar), Pulau Pinang (16 pelajar) dan MSU Learning Centre (MLC) Sentral (4 pelajar).

Manakala 18 pelajar menerima Anugerah Khas Senarai Presiden atas pencapaian Purata Gred Semester (PNGS) 3.75 dan ke atas bagi tiga semester berturut-turut selain pencapaian komponen ke-mahiran insaniah.

Bagi Nama Nurhida Rajid, pelajar Diploma Pengurusan MSU kampus Sabah ini adalah kali kedua dirinya menerima Anugerah Senarai Presiden dan kali pertama menerima Anugerah Khas Presiden.

“Saya berasa gembira serta bersyukur kerana tahun ini agak isitimewa kerana saya sekali lagi dapat berkongsi kejayaan bersama adik saya Noraidah Rajid yang turut menerima anugerah yang sama.

“Pengalaman saya belajar bersama adik saya dalam satu kelas yang sama amat bermakna kerana kami sentiasa berbincang atau berbahagi pendapat berbanding dengan rakan sekelas yang lain. Ini mungkin disebabkan sikap saya yang agak pemalu dan pendiam. Jadi, keserasian itu memudahkan lagi saya ketika membuat ulang kaji,” katanya

Bagi Noraidah pula, dia sangat bersyukur atas penghargaan dan anugerah yang diberikan MSU.

“Segala kerja keras yang saya dan kakak usahakan untuk terus cemerlang dalam bidang akademik akhirnya terbalas dan rasa gembira sebab dapat kongsi berita gembira ni bersama ibu bapa kami yang juga merupakan faktor utama pemberi semangat untuk kami terus maju,” katanya.

Berlainan pula kisahnya dengan pasangan suami isteri Amrin Anuar dan Aimy Alisha Charlie yang terpaksa memandu selama 20 jam dari Limbang ke MSU Kuching untuk menghadiri kuliah atau menduduki peperiksaan.

Menurut Aimy, dia dan suaminya mengambil kursus pengajian jarak jauh (PJJ) dalam jurusan Diploma Peng-urusan, MSU Kuching.

“Kami menetap di Limbang dan setiap kali ada kuliah atau peperiksaan, kami akan memandu ke Kuching. Hari ini, saya dan suami berasa amat gembira dan bangga kerana dapat meraikan dan menerima Anugerah Senarai Presiden ini bersama.

“Saya rasa terharu kerana segala pengorbanan dan susah payah selama ini berbaloi. Anugerah ini merupakan motivasi dan juga cabaran untuk kami terus mengekalkan ke-cemerlangan,” katanya.

Advertisement