Anda di sini

25 penghuni Ray Nur Taqwa berbuka puasa bersama Toh Puan

Advertisement
PENGHUNI Ray Nur Taqwa yang diraikan merakam gambar kenangan bersama tetamu kehormat yang hadir pada Majlis Berbuka Puasa Sutera Harbour Resort.
PENGHUNI Ray Nur Taqwa yang diraikan merakam gambar kenangan bersama tetamu kehormat yang hadir pada Majlis Berbuka Puasa Sutera Harbour Resort.

KOTA KINABALU: Seramai 25 penghuni Rumah Anak Yatim (Ray) Nur Taqwa Kota Belud berkesempatan berbuka puasa bersama isteri Yang Dipertua Negeri Toh Puan Norlidah R.M Jasni dalam satu majlis yang berlangsung pada Jumaat.

Majlis itu adalah aktiviti tahunan yang anjurkan Sutera Harbour Resort sebagai salah satu Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) kepada golongan yang memerlukan.

Pengarah Latihan dan Sumber Manusia Sutera Harbour Resort Md Al’Freedo Md Yahya berkata, pihaknya amat berbesar hati diberi peluang untuk melaksanakan acara itu sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan.

"Diharap inisiatif ini dapat membuka ruang yang luas untuk memupuk nilai- nilai keprihatinan dan kesungguhan kita untuk beramal dengan penuh takwa dan mujahadah yang tinggi," katanya ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Sutera Harbour Resort itu, di sini.

Dalam pada itu, anak yatim yang terdiri  17 lelaki dan lapan perempuan berumur empat hingga 16 tahun itu juga menerima duit raya dan baju raya dari pusat penginapan terkenal itu dengan kerjasama Yayasan Nur Jauhar.

Selain itu, pada majlis itu turut diadakan persembahan nasyid daripada kumpulan Muslih dan solat Maghrib disusuli solat sunat Tarawih.

Pusat Ray Nur Taqwa yang ditubuhkan pada tahun 2016 adalah satu- satunya sekolah menengah agama di Sabah di bawah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains).

Hadir sama pada majlis itu ialah Menteri Pelajaran dan Inovasi Datuk Yusof Yacob, Menteri Undang- Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Datuk Aidi Moktar, Timbalan Ketua Eksekutif Sutera Harbour Resort Gerard Tan dan Pengerusi Yayasan Nur Jauhar Mej (K) Al Hambra Tun Juhar.

  • oleh
  • Advertisement