Anda di sini

Pameran fotografi mampu tonjol keunikan Tawau

Advertisement
TAI yang ditemani Chin menunjukkan foto spesies monyet yang pernah dirakamkannya kepada Christina. Turut kelihatan, Ketua Pegawai Perhubungan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tawau Fung Thin Yein.
TAI yang ditemani Chin menunjukkan foto spesies monyet yang pernah dirakamkannya kepada Christina. Turut kelihatan, Ketua Pegawai Perhubungan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tawau Fung Thin Yein.

TAWAU: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar sedia mendukung penganjuran pameran fotografi yang menonjolkan keunikan atau kekayaan flora dan fauna di Tawau.

Menterinya, Datuk Christina Liew yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, karya fotografi boleh menjadi alat berkesan menyampaikan mesej kepada pelancong tempatan dan luar negara.

“Pameran fotografi ini, kita syorkan bukan hanya dianjurkan di Tawau tetapi di peringkat negeri untuk menjana industri pelancongan tempatan,” katanya di sini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tawau percaya sebuah foto boleh menggambarkan seribu perkataan dan menyifatkannya sebagai salah satu kaedah mempromosikan pelancongan.

“Menerusi fotografi, kita boleh menonjolkan pusat-pusat tarikan pelancongan yang ada di Tawau seperti Taman Bukit Tawau, gunung, bukit, air panas dan air terjun,” katanya.

Christina turut memuji inisiatif dua jurugambar veteran daerah ini, Winston Tai, 67, dan Stephen Chin Yun Kwong, 65, yang berpengalaman merakamkan pelbagai spesies unik.

Tai dan Chin mempunyai koleksi foto pelbagai jenis burung termasuk merpati warna-warni yang terdapat di Kalabakan, serta pelbagai landskap keindahan alam semulajadi.

  • oleh
  • Advertisement