Anda di sini

Mega Hotel tawar lebih 50 juadah berbuka puasa dihidang secara bufet

Advertisement
 Pelbagai pilihan juadah untuk dinikmati sempena hidangan ‘Lan Sungkei Buffet Dinner’ Mega Hotel untuk bufet berbuka puasa.
MENYELERAKAN: Pelbagai pilihan juadah untuk dinikmati sempena hidangan ‘Lan Sungkei Buffet Dinner’ Mega Hotel untuk bufet berbuka puasa.

MIRI: Mega Hotel menyajikan hidangan bufet berbuka puasa ‘Lan Sungkei Buffet Dinner’ bertempat di Chatterbox Coffee House bersempena bulan Ramadan tahun ini.

Pengurus Komunikasi dan Jualan Mega Hotel Jenny Chen berkata, lebih 50 juadah berbuka puasa yang dihidangkan secara bufet menanti pelanggan setia Mega Hotel.

“Setakat ini sambutan amat memberangsangkan lebih-lebih lagi daripada pelanggan yang membuat tempahan awal dan datang sendiri di Chatterbox Coffee House setiap hari,” katanya di sini malam kelmarin.

Jenny berkata, hidangan istimewa sempena Ramadan itu telah bermula sejak 6 Mei lalu sehingga 4 Jun depan.

Antara hidangan yang disediakan ialah bubur pedas, lemang, sate, ikan terubuk panggang, sambal sotong, ketam masak kuah telur dan udang masak lemak.

Di samping itu terdapat juga ayam rendang, opor daging, laksa Sarawak, umbut pisang masak lemak, kuih-muih tradisional Melayu, udang masak mentega, kambing masak sos lada hitam, ulam-ulaman dan sebagainya.

Sementara bagi pilihan pencuci mulut seperti kuih-muih, bubur cha-cha, puding roti, pelbagai pilihan kek dan ais krim, air bandung dan ais batu campur turut dihidangkan.

“Menu terbabit akan berubah setiap hari bagi memberi kelainan rasa kepada pelanggan untuk menikmati juadah berbuka puasa yang pihak kami sediakan,” katanya.

Harga bagi bufet Ramadan berkenaan ialah RM60 bagi dewasa dan RM32 untuk kanak-kanak berumur lima hingga 12 tahun, bermula jam 6 petang hingga 9.30 malam.

“Kita turut menyediakan tawaran baucar ‘early bird’ iaitu RM52 untuk dewasa dan RM28 kanak-kanak yang boleh didapati terus di kaunter Coffee House sehingga 15 Mei,” katanya.

Manakala bagi bufet sahur pula, Chatterbox Coffee House dibuka setiap hari bermula jam 3 hingga 5 pagi dengan harga RM29 untuk dewasa dan RM17 untuk kanak-kanak berusia lima hingga 12 tahun.

Mereka yang ingin membuat tempahan, boleh menghubungi Chatterbox Coffee House, Mega Hotel di talian 085-432 432 atau datang sendiri ke Mega Hotel Miri.

Advertisement