Anda di sini

Tembakan ‘mafia’ di luar parlimen Argentina

Advertisement
 Gambar gabungan serahan Noticias Argentinas yang diambil daripada kamera keselamatan menunjukkan                saat serangan ke atas dua lelaki berhampiran bangunan Kongres Kebangsaan di Buenos Aires, Argentina kelmarin. — Gambar AFP
SAAT MENAKUTKAN: Gambar gabungan serahan Noticias Argentinas yang diambil daripada kamera keselamatan menunjukkan saat serangan ke atas dua lelaki berhampiran bangunan Kongres Kebangsaan di Buenos Aires, Argentina kelmarin. — Gambar AFP

BUENOS AIRES: Seorang ahli parlimen Argentina berada dalam “keadaan kritikal” selepas mengalami kecederaan serius dalam tembakan “mafia” di luar parlimen di Buenos Aires kelmarin yang menyebabkan rakannya, seorang penjawat awam, terbunuh.

Timbalan Hector Olivares, 61, sedang berjalan-jalan di dataran di luar Kongres Kebangsaan pada jam 7 pagi dengan rakannya Marcelo Yadon ketika mereka diserang hendap dari sebuah kereta.

“Beliau berada dalam ke-adaan kritikal. Beliau ber-ada dalam bahaya, berdepan dengan risiko. Beliau telah menjalani pembedahan kecemasan untuk mengelak kematian,” kata Pablo Rossi, penolong pengarah di hospital Ramos Mejia yang merawat Olivares.

Menteri Keselamatan Patricia Bullrich berkata penyerang telah mengawasi kawasan tersebut sebelum melakukan serangan.

“Ia adalah jelas bahawa ini merupakan satu tindakan mafia,” katanya.

Ahli parlimen itu terkena tiga das tembakan, menurut jurucakapnya Hector Lencinas, sementara Yadon, 58, terkena lima das tembakan dan meninggal dunia.

Olivares, seorang ahli parlimen dalam pakatan pemerintah, merupakan anggota jawatankuasa perundangan jenayah dan sedang mengusahakan satu inisiatif keganasan berkaitan dengan bola sepak.

Presiden Argentina Mauricio Macri telah berjanji akan menangkap penjenayah tersebut.

Beberapa jam kemudian, seorang ahli keluarga kepada pemilik kereta kelabu Volkswagen yang digunakan oleh penyerang telah diberkas, menurut sumber polis.

“Penyerang menembak Yadon sebagai sasaran utama dan berjaya membunuhnya, dan mereka boleh membunuh Olivares, namun mereka tidak melakukannya,” kata Bullrich.

Beliau mengeluarkan satu video mengenai pembunuhan itu yang dirakam oleh kamera keselamatan.

Dua mangsa itu dapat di-lihat ditembak dari jarak dekat ketika melepasi sebuah kereta yang diparkir.

Video menunjukkan Yadon tidak bergerak di atas tanah sementara Olivares yang ter-cedera berjalan sejauh beberapa meter untuk mendapatkan bantuan.

Dua penyerang keluar dari kereta namun tidak membunuh ahli parlimen itu, de-ngan seorang daripada mereka meninggalkan kawasan de-ngan berjalan kaki.

Beberapa saat kemudian seorang anggota polis tiba di tempat kejadian dan mula memberikan bantuan kecemasan kepada Yadon, sementara hanya beberapa meter jauh kereta penyerang perlahan-lahan meninggalkan kawasan itu.

“Kami tidak pernah menerima sebarang ugutan di dalam pejabat. Ia merupakan sebuah pejabat terbuka di mana semua orang diterima. (Olivares) adalah seorang yang sangat tenang,” kata Lencinas.

Ahli parlimen Jose Cano menyifatkan insiden tembakan itu sebagai “tindakan yang dirancang lebih awal”.

“Maklumat yang kami perolehi adalah kereta itu diparkir setengah jam sebelum itu. Mereka telah menunggu,” Cano memberitahu stesen televisyen Canal TN.

Beliau berkata dua mangsa itu berkongsi sebuah pangsapuri berhampiran tempat mereka diserang dan merupakan rakan sejak kecil.

“Saya mahu mempercayai bahawa ini adalah satu kesilapan. Olivares merupakan seorang pengeluar pertanian, seorang lelaki yang baik, ketua keluarga. Kami berasa sangat teruk,” Julio Martinez, seorang senator di wilayah asal Olivares, La Rioja, memberitahu Canal TN. — AFP

Advertisement