Anda di sini

MITRAF 21 platform pamer produk, membantu tingkatkan ekonomi Miri

Advertisement
 Goh memukul gong sebagai simbolik perasmian MITRAF 21 anjuran See Hua Marketing Sdn Bhd Miri dengan kerjasama Bintang Megamall Miri, sambil disaksikan oleh Chua (lima kiri), Yeo (lima kanan), serta tetamu kehormat yang lain.
SIMBOLIK RASMI: Goh memukul gong sebagai simbolik perasmian MITRAF 21 anjuran See Hua Marketing Sdn Bhd Miri dengan kerjasama Bintang Megamall Miri, sambil disaksikan oleh Chua (lima kiri), Yeo (lima kanan), serta tetamu kehormat yang lain.

MIRI: Pesta Usahawan Miri Edisi Ke-21 (MITRAF 21) anjuran See Hua Marketing Sdn Bhd dengan kerjasama Bintang Megamall Miri bukan sahaja menyediakan ruang bagi peniaga tempatan untuk mempamerkan produk masing-masing, malah menjadi antara acara membantu meningkatkan ekonomi Miri.

Kaunselor Ernest Goh berkata, usaha itu merupakan platform terbaik untuk para usahawan tempatan menjual produk mereka, di samping mempromosikan tawaran yang diberikan kepada pelanggan.

“Saya difahamkan acara sebegini tidak pernah mengecewakan, kerana menawarkan pelbagai produk dan perhentian dalam satu acara kepada masyarakat setempat.

“Tahniah atas penganjuran yang memberangsangkan seperti ini,” jelasnya yang mewakili Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri Adam Yii bagi merasmikan MITRAF 21, di Bintang Megamall Miri, malam Khamis lalu.

Hadir sama ialah Pengurus Cawangan See Hua Marketing Miri Nicky Chua, Penolong Pengurus Cawangan See Hua Marketing Miri Sorina Yeo, Pengerusi bersama MITRAF 21 Money Chieng dan Dabbie Yee, Pengurus Acara Bintang Megamall Miri Allen Wong, Pengurus Parkson Miri Tan Chee Kean, Pengurus Besar Hotel Meritz Miri John Teo, Penaja Utama MITRAF 21 merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Unoted Fusion Sdn BHd Jack Tiong, Ketua Perancang MITRAF 21 Tony Ling serta tetamu kehormat yang lain.

Sementara itu, MITRAF 21 yang diadakan selama empat hari bermula Khamis (9 Mei) hingga Ahad (12 Mei) menampilkan 80 gerai jualan.

Gerai-gerai yang mengambil bahagian membabitkan hartanah, dapur, penambahbaikan rumah, keselamatan dan pemantauan, makanan dan minuman, teknologi maklumat, kecantikan, telekomunikasi, pendidikan, pelancongan dan percutian, kraf tangan, mainan kanak-kanak, fesyen dan aksesori, optometri, audio dan aksesori kereta, pakaian, penjagaan kesihatan dan banyak lagi.

MITRAF 21 yang mendapat sokongan daripada Majlis Bandaraya Miri itu dibuka bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.

Advertisement