Anda di sini

Slumberland tampil katil pintar, Slumberland MyZmartBed

Advertisement
 Pengarah Strategik Akaun ReST, Nate Wells (dari kiri), Pengurus Pemasaran Kanan, Slumberland Marketing Sdn Bhd, Joyce Lee, Teoh dan Presiden Wilayah Asia Pasifik Bahagian Slumberland, Marco Righi memperkenalkan katil pintar Slumberland MyZmartBed.
TERUNGGUL: Pengarah Strategik Akaun ReST, Nate Wells (dari kiri), Pengurus Pemasaran Kanan, Slumberland Marketing Sdn Bhd, Joyce Lee, Teoh dan Presiden Wilayah Asia Pasifik Bahagian Slumberland, Marco Righi memperkenalkan katil pintar Slumberland MyZmartBed.

KUALA LUMPUR: Sempena meraikan usia satu abad dalam membantu mengoptimumkan tidur, Slumberland menampilkan katil pintar terunggul yang bakal merubah senario industri pada masa depan iaitu Slumberland MyZmartBed.

Slumberland MyZmartBed merupakan satu-satunya katil pintar sebenar yang boleh dipercayai di pasaran.

Dikuasai dengan aplikasi MyZmartBed, sambungan WiFi dan pam pintar, lapisan sensor MyZmartBed dengan lebih 2,000 titik sensor, diletakkan merata di setiap inci tilam agar dapati meliputi lima zon utama tubuh anda (bahagian kaki, posterior, lumbar, bahu dan kepala) dan menyesuaikan secara automatik mengikut posisi tubuh ketika anda tidur.

Lebih penting, teknologi lapisan pintar yang telah dipatenkan daripada Responsive Surface Technology (ReST), telah memenangi dua anugerah utama iaitu Anugerah Inovasi CES 2015 dan Anugerah NSF SleepTech 2019.

Teknologi sensor ini yang telah dilindungi oleh lebih 20 paten antarabangsa, mempunyai pensijilan perubatan dan TUV dan digunakan di hospital-hospital di Amerika Syarikat sejak 20 tahun lalu.

Katil pintar ini juga menyesuaikan keperluan sokongan dan keselesaan harian tubuh anda dalam tiga tetapan mode berbeza.

Ia adalah mode manual untuk sasaran tertentu dan 100 peratus mengkhusus kepada pengguna, mode Auto Position pula mempunyai tetapan memori yang berasingan dan unik untuk sokongan belakang dan sisi yang amat berguna terutama untuk tidur mengiring.

Mode Automatik pula memberikan keseimbangan dan melepaskan tekanan berterusan pada tubuh sepanjang malam untuk meningkatkan aliran dan peredaran darah.

Untuk mereka yang berminat mengesan dan memantau paten tidur masing-masing, aplikasi Slumberland MyZmartBed juga merekodkan data tidur anda selain memperkasakan anda dengan maklumat yang diperlukan untuk anda mencapai tidur yang terbaik.

Aplikasi ini juga boleh dipadamkan bila-bila masa mengikut kehendak anda.

“Diasaskan 100 tahun lalu pada 1919, Slumberland telah berkembang dan berjaya merevolusikan perniagaan berkaitan tidur, tetapi apa yang membuatkan ia kekal kukuh hingga ke hari ini ialah kesungguhan dan semangat untuk menghasilkan produk berkualiti untuk memberikan rehat terunggul yang sepatutnya anda perolehi.

“Slumberland MyZmartBed adalah katil terbaik bagi meraikan ulang tahun satu abad Slumberland,” kata Pengarah Urusan Slumberland Marketing Sdn Bhd, Michael Teoh.

Slumberland MyZmartBed akan dijual pada harga promosi RM39,880. Pakej termasuk tilam, rangka katil, penghantaran dan pemasangan selain jaminan 10 tahun.

Slumberland MyZmartBed boleh didapati di galeri Slumberland di Jalan Maarof Bangsar, Viva Home dan cawangan-cawangan terpilih lain bermula Jun 2019.

Advertisement