Anda di sini

Myanmar bebas dua wartawan Reuters

Advertisement
 Wa Lone (kiri) dan Kyaw Soe Oo mengangkat tangan ketika berjalan keluar dari penjara Insein di Yangon, Myanmar semalam selepas menerima pengampunan presiden. — Gambar Reuters
BEBAS: Wa Lone (kiri) dan Kyaw Soe Oo mengangkat tangan ketika berjalan keluar dari penjara Insein di Yangon, Myanmar semalam selepas menerima pengampunan presiden. — Gambar Reuters

YANGON: Dua wartawan Reuters yang dipenjara-kan bagi laporan mereka mengenai krisis Rohingya di Myanmar telah ber-jalan keluar dari penjara semalam.

Wa Lone, 32, dan Kyaw Soe Oo, 28, adalah antara 6,520 banduan yang dibebaskan di bawah pusingan ketiga pengampunan oleh Presiden Win Myint sempena Tahun Baharu tradisional bermula 17 April lalu.

Kedua-dua wartawan itu diserbu oleh media sebaik sahaja mereka melangkah keluar dari  penjara Insein di Yangon selepas penahanan mereka yang lama.

Penahanan mereka pada Disember 2017 menjadikan mereka terkenal di seluruh dunia dan satu petanda kebebasan media yang semakin merosot di Myanmar di bawah pemimpin awam Aung San Suu Kyi.

Wa Lone, 33, mengucapkan terima kasih kepada orang dari “seluruh dunia” kerana menyokong pembebasan mereka dan berjanji beliau akan kembali bertugas.

“Saya tidak sabar untuk pergi ke bilik berita saya,” ujar beliau. “Saya adalah seorang wartawan dan saya akan meneruskannya.”

Ketua pengarang Reuters Stephen Adler berkata, “Kami berasa sangat bersyukur kerana Myanmar telah membebaskan wartawan kami yang sangat berani.”

“Sejak penahanan mereka selama 511 hari lepas, mereka telah menjadi simbol bagi kepentingan kebebasan media di seluruh dunia. Kami menyambut baik kepulangan mereka.”

Kedua-dua lelaki itu melambaikan tangan dan tersenyum lebar ketika mereka berjalan keluar dari penjara.

Mereka telah disabitkan atas tuduhan melanggar akta rahsia rasmi dan dijatuhkan hukuman penjara selama tujuh tahun.

Pada masa penahanan mereka telah melaporkan mengenai pembunuhan beramai-ramai pada September 2017 terhadap 10 lelaki Islam Rohingya di negeri dilanda konflik Rakhine, di mana pasukan tentera Myanmar memaksa kira-kira 740,000 minoriti tanpa negara itu melarikan diri dengan menyeberangi sempadan ke Bangladesh.

Kes tersebut mencetuskan bantahan di seluruh dunia dan memusnahkan apa yang masih ada daripada legasi Suu Kyi sebagai pembela hak asasi.

Reuters telah menyatakan kedua-dua wartawan itu dipenjarakan sebagai balasan terhadap pendedahan mereka.

Pada bulan lepas Wa Lone dan Kyaw Soe Oo telah dianugerahkan hadiah berprestij Pulitzer, salah satu penghormatan tertinggi bagi kewartawanan.

Mereka turut ditampilkan sebelum itu pada muka depan majalah TIME sebagai sebahagian daripada orang yang dalam liputan tahunan yang menampilkan wartawan disa-sarkan bagi laporan mereka.

Kes terhadap mereka menjadi contoh bagi perang terhadap kebebasan media, dan mendapat sokongan daripada peguam hak asasi terkenal Amal Clooney.

Kumpulan hak asasi dan pakar perundangan berkata kes terhadap dua wartawan itu penuh dengan penyelewengan.

Seorang anggota polis memberikan keterangan semasa perbicaraan mereka bahawa pegawai atasannya telah me-ngarahkan pasukannya agar memerangkap dua wartawan itu dalam satu serbuan – keterangan yang hakim pilih untuk abaikan. — AFP

Advertisement