Anda di sini

Tiga maut, 73 cedera nahas jalan raya di Filipina

Advertisement
 

MANILA: Tiga orang maut manakala 73 yang lain cedera selepas sebuah bas penumpang dan trak kargo bertembung dalam nahas jalan raya di lebuh raya di bandar Atimonan wilayah Quezon, Filipina, lapor agensi berita Xinhua.

Polis berkata nahas berlaku pada malam Isnin, mengorbankan pemandu trak, pembantunya dan seorang penumpang bas. Kesemua mangsa maut di tempat kejadian.

Ketika kejadian bas malang itu dalam perjalanan ke rantau Bicol, selatan Manila sementara trak menuju ke Manila.

Siasatan awal mendapati nahas berpunca apabila pemandu bas cuba memotong beberapa kenderaan sebelum bertembung dengan trak yang datang dari arah bertentangan.

Mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital berhampiran, kata polis. - Bernama 

Advertisement