Anda di sini

Ekonomi Malaysia catat paras baharu RM1.45 trilion pada 2018

Advertisement

KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia mencecah paras baharu sebanyak RM1.45 trilion pada 2018, pada harga semasa, selepas pengasasan semula dari tahun asas 2010 kepada tahun asas 2015, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).

Dalam kenyataannya, Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, Pendapatan Negara Kasar (PNK) per kapita mencatatkan RM43,086 pada 2018, kira-kira atau kira-kira AS$10,043.

“Dalam Rancangan Malaysia Ke-11, PNK per kapita dijangka mencapai RM47,720 menjelang 2020,” katanya.

Mohd Uzir berkata DoSM telah menyiapkan pengasasan semula Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia mulai dari tahun asas 2010 kepada tahun asas 2015.

Harga tetap KDNK kini dinyatakan pada harga 2015.

Bagi tahun 2018, ekonomi Malaysia meningkat 4.7 peratus (2017: 5.7 peratus) pada  harga malar 2015 dengan nilai RM1.36 trilion.

Ekonomi Malaysia mencatat pertumbuhan purata tahunan sebanyak 5.0 peratus bagi tempoh 2015 hingga 2018.

“Pengasasan semula KDNK itu merupakan prosedur statistik normal yang dilakukan oleh Pejabat Statistik Kebangsaan di seluruh dunia untuk memastikan statistik mencerminkan struktur ekonomi semasa.

Pengasasan semula ini adalah yang ketujuh dijalankan oleh DoSM, yang memberikan peluang kepada jabatan itu untuk menambah baik metodologi dan menggabungkan data terkini.

Beliau berkata dengan menggunakan data daripada Banci Ekonomi 2016 dan Jadual Penawaran dan Penggunaan 2015, KDNK pada tahun asas 2015 membolehkan pembuat dasar dan penganalisis memperoleh maklumat berkaitan ekonomi semasa yang lebih terkini dan tepat.

Beliau juga berkata anggaran KDNK pada harga malar secara dasarnya mengukur perubahan dalam jumlah aktiviti ekonomi, dengan mengekalkan harga relatif tetap.

“Wajaran harga relatif pada tahun asas menjadi kurang tepat dari tahun ke tahun berikutan perubahan harga barangan dan perkhidmatan dari semasa ke semasa.

“Oleh itu, bagi mengemas kini wajaran harga tahun asas kepada tahun rujukan yang lebih terkini, pengasasan semula KDNK perlu dilaksanakan secara berkala,” katanya.

Pada tahun asas baharu, sektor pekhidmatan dan pembuatan merupakan penyumbang utama kepada ekonomi dengan jumlah sumbangan sebanyak 79.1 peratus.

Sumbangan sektor perkhidmatan mencapai 56.7 peratus pada 2018, melebihi sasaran Rancangan Malaysia Ke-11 iaitu 56.5 peratus pada 2020.

Pada 2018, sektor perkhidmatan mengukuh kepada 6.8 peratus, disokong oleh perdagangan borong dan runcit serta maklumat dan komunikasi.

Perdagangan borong dan runcit tumbuh 8.1 peratus, didorong oleh segmen runcit yang meningkat kepada 10.1 peratus. Maklumat dan komunikasi  mencatatkan pertumbuhan 8.3 peratus yang disumbangkan oleh aktiviti komunikasi dan perkhidmatan komputer.

Selain itu, katanya kewangan dan insurans kekal memberangsangkan dengan mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.7 peratus.

Menurut DoSM, pada tahun asas baharu, sektor perkhidmatan dan perkilangan menjadi penyumbang utama kepada ekonomi dengan gabungan sumbangan sebanyak 79.1 peratus.

Bahagian sektor perkhidmatan mencapai 56.7 peratus pada 2018 yang melebihi sasaran Rancangan Malaysia ke-11 sebanyak 56.5 peratus pada tahun 2020.

Pada 2018, sektor perkhidmatan meningkat sebanyak 6.8 peratus, disokong oleh perdagangan borong dan runcit dan maklumat dan komunikasi.

Perdagangan borong dan runcit meningkat kepada 8.1 peratus, disokong oleh segmen runcit yang meningkat kepada 10.1 peratus, manakala maklumat dan komunikasi mencatat pertumbuhan 8.3 peratus, disumbangkan oleh aktiviti komunikasi dan komputer.

DOSM berkata berikutan pengasasan semula KDNK, statistik akaun negara lain akan disusun semula dengan anggaran baharu. — Bernama

Advertisement