Anda di sini

MAW Bowlers muncul juara Liga Trio Megalanes

Advertisement
 (Dari kiri) Romel Marcoco, Modtadza Amin dan Izham Zakaria mewakili MAW Bowlers. Pemain Limited Legacy (dari kanan) Mazlyana Zainul, Muhd Ihsan Fikri dan Isman @ Osman Sri mencatat kejutan ke atas Palak Simple.
MANTAP: (Dari kiri) Romel Marcoco, Modtadza Amin dan Izham Zakaria mewakili MAW Bowlers. Pemain Limited Legacy (dari kanan) Mazlyana Zainul, Muhd Ihsan Fikri dan Isman @ Osman Sri mencatat kejutan ke atas Palak Simple.

KUCHING: Liga Trio Megalanes Adventure World 149 & ke bawah 9-Pin Tap berakhir pada Selasa lalu selepas semua pasukan menamatkan perlawanan ‘Positioning Round’.

Seperti dijangka pasukan ‘favourites’ MAW Bowlers muncul juara meskipun tewas 6-14 kepada Mastermind Bowlers di kedudukan kedua dengan perbezaan 5.13 mata Peterson.

Namana Bowlers juga berjaya mencatat kemenangan besar 16-4 ke atas Myra Bowlerz menduduki tempat ketiga manakala Fire Bowlers dan Mastermind X masing-masing meraih kedudukan kelima dan keenam selepas kedua-duanya seri 10-10.

Dalam pada itu, Norman Fadli dari Nama Bowlers merangkul anugerah Individual High Game di hadapan Normaliza Abdul Majid dari Fire Bowlers.

Modtadza Amin dari MAW Bowlers pula menjuarai anugerah Individual High Series dengan Normaliza di kedudukan kedua. Normaliza bagaimanapun menambah koleksi gelaran apabila merangkul anugerah ‘Best Ladies’.

Menariknya, kedua kategori Team High Game dan Team High Series menjadi milik Mastermind Bowlers dengan MAW Bowlers dan Fire Bowlers menduduki tempat kedua.

Sementara itu, The Jokers mengekalkan dominasi di puncak Liga Trio Megalanes Double-Header untuk minggu keenam meskipun tewas 8-12 kepada Putra J Bowlers.

Palak Simple menduduki tempat kedua turut tumpas 6-14 kepada pasukan tercorot, Limited Legacy namun Frenz naik kedudukan ketiga selepas menang 12-8 mengatasi N’Four Bowlers.

Paling mencuri tumpuan aksi Limited Bowlers naik kedudukan kelima dari kesembilan selepas meraih mata penuh daripada perlawanan ‘blind-score’.

Bossku Bowlers menduduki tempat keenam selepas menjinakkan SK Bowlers dengan 15-5.

Dalam pada itu, peserta The Jokers Abdul Rahim Abu Bakar merampas kedudukan teratas kategori Individual High Game di Megalanes Adventure World (MAW) dengan rakan sepasukan, Arturo P’Roque berkongsi tempat kedua dengan Abang Jamaliddon (Frenz).

Isman @ Osman Sri (Limited Bowlers) menguasai kategori Individual High Game at Megalanes Sarawak (MS) di hadapan Mohd Nursolehan (The Jokers).

Kategori Individual High Series MAW didominasi Mohd Radzri Annuar dari Only Team sambil Abdul Rahim menggantikan Muhd Mashruhin dari Palak Simple kedudukan kedua.

Bagaimanapun, tiada perubahan dicatat dalam Individual High Series MS masih dikuasai Dayang Khairuniza Dhiyana dari Frens sambil Muhd Ismat Imran dari Limited Bowlers di tempat kedua.

Sebagai tambahan, The Jokers menggantikan Palak Simple sebagai pendahulu kategori Team High Game di MAW namun mendominasi kedua kategori Team High Game dan Team High Series di MS.

Dayang Khairuniza kekal dalam senarai teratas merebut anugerah Best Female Bowler di MS manakala Fatrizeriah Jerawi dari Lucky Beez calon kategori sama di MAW.

Advertisement