Anda di sini

Penjual burger kena 13 tahun

Advertisement

KOTA KINABALU: Seorang penjual burger warga asing dikenakan penjara 13 tahun, atas kesalahan melakukan seksual dengan kerana menyentuh kemaluan seorang kanak-kanak perempuan.

Hakim Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman itu terhadap Jumari Nasir, 21, selepas mengaku salah melakukan kesalahan terbabit.

Tertuduh memegang kemaluan mangsa yang berusia lapan tahun tujuh bulan, pada 11 April jam 4 petang di sebuah kawasan perumahan Beverly Hills di sini.

Jika sabit salah mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, boleh dikenakan penjara selama tempoh 20 tahun dan sebat.

Berdasarkan fakta kes, pada 13 April pengadu membuat laporan awal mengatakan seorang lelaki yang dikenali sebagai penjual burger menyentuh kemaluan anaknya di kawasan perumahannya.

Pada 14 April, beliau sekali lagi membuat laporan lanjut.

Bertindak atas maklumat, polis berjaya menangkap tertuduh di sebuah kedai kopi di kawasan terbabit, setelah diperiksa tertuduh tidak mempunyai dokumen diri.

Semasa rayuan Jumari yang tidak diwakili peguam meminta hukuman ringan dikenakan terhadapnya.

Selain itu, tertuduh juga meminta segera dihantar pulang ke negara asal kerana mempunyai seorang nenek dan adik-beradik di kampung halamannya.

Namun Timbalan Pendakwaraya Dinesh Raja menegaskan tempoh pemenjaraan yang lama harus dikenakan kerana kesalahan yang dilakukan tertuduh sangat serius.

Mahkamah memerintahkan Jumari menjalani hukuman bermula dari tarikh tangkap, setelah itu dirujuk ke Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

  • oleh
  • Advertisement