Anda di sini

Sebanyak 14 pasukan berentap saingan bola tampar Hari Polis

Advertisement
 Peserta bersama Ketua-ketua Bahagian, Ketua-ketua Polis Balai serta Pegawai-pegawai Kanan Polis pada majlis perasmian.
BERSAING: Peserta bersama Ketua-ketua Bahagian, Ketua-ketua Polis Balai serta Pegawai-pegawai Kanan Polis pada majlis perasmian.

KUCHING: Sebanyak 14 pasukan terdiri Bahagian dan Balai Polis di bawah Pentadbiran IPD Padawan menyertai Pertandingan Bola Tampar Sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke-212 Peringkat IPD Padawan.

Perasmian pertandingan disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan, DSP Merbin Lisa di Gelanggang Bola Tampar IPD Padawan, jam 3.30 petang Ahad lalu.

Turut hadir Ketua-ketua Bahagian, Ketua-ketua Polis Balai, Pegawai-pegawai kanan serta pasukan-pasukan yang bertanding.  

Satu pasukan daripada Sukarelawan Polis Diraja Malaysia turut memeriahkan pertandingan itu.

Selain bagi melengkapkan program sambutan Hari Polis tahun ini, pertandingan itu mengeratkan  hubungan serta semangat setiakawan pegawai-pegawai dan anggota khususnya bertugas di IPD Padawan.

Dalam pada itu, ia merupakan salah satu latihan jasmani meningkatkan kesihatan fizikal dan kekuatan mental pegawai-pegawai dan anggota terlibat.

Majlis penutupan dan penyampaian hadiah diadakan pada 26 April ini (Jumaat).

Advertisement