Anda di sini

Sarawak FAMA Fest 2019 sasar jualan RM1 juta

Advertisement
 Shahid bersama Adeyong (kiri) dan Joblee (kanan) menunjukkan gegantung mengenai Sarawak FAMA Festival 2019 di Kuching semalam.
PROMOSI: Shahid bersama Adeyong (kiri) dan Joblee (kanan) menunjukkan gegantung mengenai Sarawak FAMA Festival 2019 di Kuching semalam.

KUCHING: Lembaga Pe-masaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Negeri Sarawak menyasar hasil jualan sebanyak RM1 juta sepanjang tempoh penganjuran Sarawak FAMA Festival atau Sarawak FAMA Fest 2019 bermula 26 hingga 28 April ini.

Pengarah FAMA Negeri Sarawak Shahid Abu Bakar berkata, seramai 1,100 usahawan akan mengambil bahagian pada festival julung kali diada-kan di Medan Niaga Satok bermula jam 8 pagi hingga 10 malam itu.

FAMA Negeri Sarawak katanya, merancang untuk mengadakan festival sama pada tahun depan andai peng-anjuran tahun ini mendapat sambutan menggalakkan.

“1,100 usahawan tani me-rangkumi pelbagai industri pertanian termasuk peserta industri asas tani, usahawan Medan Niaga Satok, usahawan ladang kontrak, peniaga ‘food truck’ dan ramai lagi akan memeriahkan festival ini.

“FAMA berharap lebih ramai usahawan tani menyertai program ini untuk mempromosi produk masing-masing kepada pelanggan,” katanya festival sama sebelum ini diadakan di Pulau Pinang dan Melaka.

Beliau berkata demikian pada sidang media prapelancaran Sarawak FAMA Fest 2019 di bilik mesyuarat pejabat FAMA Negeri Sarawak di sini, semalam.

Hadir sama, Penolong Pengarah Pembangunan Usahawan FAMA Negeri Sarawak Adeyong Tomick dan Ketua Unit IAT dan Promosi FAMA Negeri Sarawak Joblee Nahri.

Shahid menambah, majlis perasmian festival yang disempurnakan oleh Ketua Pengarah FAMA Datuk Ahmad Ishak itu bertujuan mempromosi peranan dan aktiviti FAMA kepada masyarakat dalam pemasaran hasil pertanian.

“Turut diadakan semasa perasmian itu nanti ialah penganugerahan kepada tiga usahawan yang berjaya,” kata-nya sambil menjangkakan seramai 50,000 hingga 70,000 pengunjung akan menghadiri festival selama tiga hari itu.

Selain untuk mempromosi makanan-makanan tempatan katanya, festival itu juga bertujuan mewujudkan rangkai-an pemasaran bagi faedah kumpulan sasar, usahawan, petani, pemborong, peng-eksport dan peruncit.

Dalam pada itu katanya, pelbagai aktiviti turut diselitkan penganjur termasuk persembahan bermukun dan program penggredan, pembungkusan dan pelabelan (GPL), pameran haiwan serta jualan barangan kawalan seperti gula dan mi-nyak masak.

  • oleh
  • Advertisement