Anda di sini

ATM cadang bina gimnasium perkasa kesihatan warga ATM

Advertisement
 Zulkifli (kanan) menunjukkan sampel replika rokok pada Program Komuniti Sihat Perwira anjuran bersama Bahagian Perkhidmatan Kesihatan dan Cawangan Provos Marsyal Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak dekat Kuala Lumpur, semalam. — Gambar Bernama
UTAMAKAN KESIHATAN: Zulkifli (kanan) menunjukkan sampel replika rokok pada Program Komuniti Sihat Perwira anjuran bersama Bahagian Perkhidmatan Kesihatan dan Cawangan Provos Marsyal Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak dekat Kuala Lumpur, semalam. — Gambar Bernama

KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bercadang untuk membina gimnasium khusus bagi semua warga ATM untuk membuat aktiviti riadah, kata Panglima ATM Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin.

Beliau berkata gimnasium berkenaan akan dibina di tepi padang Kementerian Pertahanan (MINDEF) yang boleh digunakan oleh semua warga ATM.

“Ia dibina sebagai satu cara untuk memupuk budaya sihat dalam kalangan warga ATM dan dijangka dibina akhir tahun ini,” katanya ketika ditemui Bernama selepas merasmikan program komuniti sihat perwira di Auditorium Wisma Pertahanan, Jalan Padang Tembak, di sini.

Turut hadir Panglima Tentera Darat Jen Datuk Seri Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi, Panglima Tentera Laut Laksamana Datuk Mohd Reza Mohd Sany serta Timbalan Panglima Tentera Udara Left Jen Datuk Seri Ackbal Abdul Samad.

Program berkenaan antara lain bertujuan memberi penekanan kepada aktiviti hidup sihat sebagai kawalan dan pencegahan bagi penyakit tidak berjangkit.

Aktiviti dan maklumat yang diberikan bertujuan untuk memperkasakan warga ATM dalam penjagaan kesihatan serta mental bagi memastikan kesiapsiagaan anggota tentera berada di tahap maksima. — Bernama

Advertisement