Anda di sini

SMK Taman Tunku sampaikan insentif kepada pelajar cemerlang PT3, SPM

Advertisement

Sumbangan SMK Taman Tunku

 Pelajar cemerlang SPM, Kimberly Mac Uson menerima insentif daripada Ripin dan wakil Curtin University, Serena May Robinson (dua kanan) pada majlis itu.
TAHNIAH: Pelajar cemerlang SPM, Kimberly Mac Uson menerima insentif daripada Ripin dan wakil Curtin University, Serena May Robinson (dua kanan) pada majlis itu.
 Pelajar cemerlang SPM, Aaron Alan Robert menerima insentif daripada wakil IBS College, Kenji Ching (empat kiri) sambil disaksikan oleh Ripin.
CEMERLANG: Pelajar cemerlang SPM, Aaron Alan Robert menerima insentif daripada wakil IBS College, Kenji Ching (empat kiri) sambil disaksikan oleh Ripin.

SEKOLAH Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Tunku mengadakan majlis penyampaian insentif pelajar cemerlang PT3 dan SPM ditaja Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMK Taman Tunku, Universiti Curtin Kampus Malaysia, IBS College dan Fajar International College bagi meraikan kejayaan pelajar-pelajar bidang akademik.  

Majlis itu bagi memberi pengiktirafan kepada pelajar-pelajar yang mencapai kecemerlangan di peringkat PT3 dan SPM 2018.

Insentif itu diharap menjadi pembakar semangat kepada pelajar-pelajar agar mereka sentiasa mempunyai daya saing dan terus mencapai kecemerlangan pada masa hadapan.  

Majlis penyampaian insentif tersebut dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lambir, Ripin Lamat memberi banyak sumbangan kepada SMK Taman Tunku.  

Pada tahun lalu, beliau memberi sumbangan sejumlah RM400,000 kepada pihak sekolah untuk membina dewan sekolah. Pada tahun ini, beliau memberi sumbangan sejumlah RM200,000 kepada pihak sekolah untuk menaik taraf dewan sekolah tersebut.  

 Pelajar cemerlang SPM, Glenn Shearry Ling menerima insentif daripada wakil Fajar International College, Wong King Kui, sambil disaksikan oleh Ripin.
PENDORONG: Pelajar cemerlang SPM, Glenn Shearry Ling menerima insentif daripada wakil Fajar International College, Wong King Kui, sambil disaksikan oleh Ripin.

Sebagai tambahan, Ripin turut menyumbang sejumlah RM20,000 bagi menyokong Program Aim For As (A4A), satu program peningkatan pencapaian akademik dilaksanakan pihak sekolah berikutan kesungguhan pengetua dalam usaha meningkatkan pencapaian akademik sekolah.

Sehubungan itu, beliau juga berharap ibu bapa dapat memberi motivasi kepada anak-anak supaya lebih gigih berusaha meningkatkan kecemerlangan dalam bidang akademik.

Sementara itu, Pengetua SMK Taman Tunku, Tang Cheng Mun dalam ucapannya berkata beliau merancang 10 strategi bagi meningkatkan akademik pelajar sekolah tahun ini.

Antara program dirancang seperti A4A, Intervensi Panitia, MAMA, PAPA, agihan semula tugas guru, rombakan semula jadual waktu, bengkel motivasi serta teknik belajar dengan berkesan, Professional Learning Community dan Jom Gempur SPM.

Dalam pada itu, Pengerusi PIBG SMK Taman Tunku, Daniel Munyi Philip berkata PIBG sentiasa memberi sokongan dan kerjasama menjayakan apa juga aktiviti sekolah tersebut.  

Beliau berharap anak-anak didik masih berjuang di sekolah itu, pelajar tingkatan lima khasnya berusaha lebih dan mencontohi segala amalan mulia pelajar-pelajar yang berjaya dalam PT3 dan SPM.

Seramai tiga orang pelajar memperolehi keputusan cemerlang Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dan enam orang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menerima insentif ditaja oleh Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dan PIBG SMK Taman Tunku.

 Ripin, Tang, Daniel serta wakil-wakil IPTS bersama pelajar-pelajar cemerlang PT3 dan SPM, pelajar-pelajar SMK Taman Tunku dan ibu bapa.
KENANGAN: Ripin, Tang, Daniel serta wakil-wakil IPTS bersama pelajar-pelajar cemerlang PT3 dan SPM, pelajar-pelajar SMK Taman Tunku dan ibu bapa.

IPTS turut memberi tajaan insentif termasuk Curtin University, IBS College dan Fajar Internasional College. Curtin University memberi Anugerah Curtin kepada dua orang pelajar masing-masing menerima wang tunai RM300.  

Fajar International College memberi Anugerah Fajar sebanyak RM200 kepada dua orang pelajar dengan setiap pelajar menerima RM100.  

Dua orang pelajar masing-masing menerima insentif RM100 daripada IBS College.  

Selain insentif, Technology College Sarawak (TCS), Curtin University, IBS College dan Fajar Interational College turut menawarkan biasiswa kepada pelajar-pelajar berjaya melanjutkan pelajaran di IPTS tersebut.  

Selain itu, penyumbang terbesar iaitu PIBG SMK Taman Tunku memberi insentif RM720 kepada pelajarpelajar cemerlang PT3 dan RM1,750 kepada pelajar cemerlang SPM.

Advertisement