Anda di sini

Toyota adakan hari terbuka sempena pelancaran model baharu All-New Yaris

Advertisement
 Ang (kanan) bersama para kakitangannya mempamerkan model terbaharu Toyota All-New Yaris di Sibu, semalam.
TEMUI KAMI: Ang (kanan) bersama para kakitangannya mempamerkan model terbaharu Toyota All-New Yaris di Sibu, semalam.

SIBU: Pengedar kereta Toyota di sini, Syarikat Kalulong Sdn Bhd akan mengadakan hari terbuka selama tiga hari iaitu bermula hari ini (19-21 April) bertempat di premisnya di No.60, Jalan Upper Lanang (sebelah Pulau Li Hua).

Pengurus jualannya Ang Meng Urn berkata, hari terbuka itu bermula dari jam 9 pagi hingga jam 5 petang.

“Hari terbuka ini diadakan sempena dengan pelancaran model baharu iaitu All-New Yaris.

“Pelbagai aktiviti akan diadakan sempena dengan hari terbuka tersebut,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Jelasnya, antara aktiviti ialah cabutan bertuah, pandu uji model Yaris, hadiah pandu uji dan permainan kanak-kanak di samping jamuan ringan turut disediakan kepada pelanggan bersama hadiah.

“Pada hari kedua iaitu Sabtu (esok) kami ada menyediakan pemeriksaan percuma terhadap kereta berjenama Toyota sahaja.

“Selain itu, khidmat cuci kereta percuma turut diadakan dari jam 8 pagi hingga jam 12 tengah hari kepada pelanggan yang memiliki kereta Toyota,” tegasnya lagi.

Beliau memberitahu, pelanggan yang membawa anak-anak mereka turut akan diraikan dengan permainan istimewa yang disediakan oleh pihaknya.

Bercakap mengenai model Yaris, Ang berkata, kereta tersebut akan dilancarkan serentak di seluruh negara mulai malam ini (malam tadi).

Menurut beliau, variasi kedua kereta tersebut sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 2002 diperbaharui dengan teknologi dan reka bentuk terkini yang turut menyasarkan golongan wanita sebagai pembelinya.

“Selain itu pelanggan yang membuat tempahan kereta tersebut akan berpeluang membuat cabutan bertuah,” tambahnya lagi.

Yaris dijual dengan harga di atas jalan dari RM74,000, RM80,400 dan RM87,400 ditampilkan dengan tiga variasi iaitu 1.5J, 1.5E dan 1.5G.

Orang ramai yang ingin melihat sendiri keunikan model All-New Yaris bolehlah berkunjung ke bilik pameran di premis syarikat tersebut pada hari terbuka ini.

Sebarang pertanyaan lanjut bolehlah menghubungi Ang di talian 016-9866063 atau premisnya (084-215933/084-215922).

Advertisement