Anda di sini

Serangan roket bunuh 11 di Aleppo, Syria: SANA

Advertisement
 Seorang lelaki memandang bumbung yang rosak akibat terkena serangan roket di Aleppo. — Gambar AFP
AKIBAT ROKET: Seorang lelaki memandang bumbung yang rosak akibat terkena serangan roket di Aleppo. — Gambar AFP

DAMSYIK: Beberapa roket yang dilepaskan oleh pejuang jihad pada Ahad telah membunuh sekurang-kurangnya 11 orang di bandar Aleppo di Syria yang dikuasai oleh rejim Presiden Bashar al-Assad, lapor agensi berita rasmi SANA.

Aleppo terletak di utara negara bersebelahan dengan Idlib, sebuah wilayah yang didominasi oleh bekas anggota gabungan Al-Qaeda di Syria, Hayat Tahrir al-Sham (HTS).

Sejak rejim merampas kawalan ke atas Aleppo pada hujung 2016, bandar tersebut telah sekejap-sekejap menjadi sasaran oleh pejuang jihad dan pemberontak.

SANA menyatakan roket yang dilepaskan oleh “kumpulan pengganas” telah menyebabkan 11 “syahid” dan mencederakan 11 orang awam di kawasan kejiranan di Aleppo, menggunakan terminologi disediakan bagi kedua-dua pejuang jihad dan pemberontak.

Agensi berita pada mulanya melaporkan enam orang awam adalah di kalangan mangsa yang terkorban, namun dalam perkembangan terkininya tidak memberikan satu peng-uraian.

Syrian Observatory for Human Rights, sebuah badan pemerhati perang yang berpusat di Britain, berkata roket telah dilepaskan oleh kumpulan pejuang jihad, terutamanya HTS.

Ia menyatakan 20 roket telah ditembak ke arah beberapa kawasan kediaman di Aleppo, dan menyebut angka kemati-an merangkumi tiga orang awam, termasuk seorang kanak-kanak, dan lima anggota pasukan perkhidmatan keselamatan.

Seorang jurugambar AFP melihat darah yang mengalir dan anggota badan di atas tanah termasuk sebuah kereta yang mempunyai lubang serpihan bom.

Di depan sebuah rumah mayat Aleppo, seorang lelaki dilihat sedang cuba untuk menenangkan seorang budak yang menangis bagi ibunya yang telah meninggal dunia, sebelum beliau sendiri turut menangis.

Pejuang jihad dan pembangkang telah menawan beberapa bahagian besar di Syria pada tahun pertama peperangan yang meletus pada 2011.

Namun sejak Rusia campur tangan bagi pihak Assad pada 2015 rejim telah meningkat-kan satu siri kemenangan menentang mereka.

Ia berjaya menawan semula semua kawasan pemberontak kecuali wilayah Idlib dan beberapa bahagian wilayah berhampiran Hama, Aleppo dan Latakia.

Sejak September, kawasan ini telah terdedah kepada perjanjian Rusia-Turki yang menyediakan bagi pembentukan sebuah “zon bebas tentera”, membolehkan mereka untuk mengelak serangan besar oleh kerajaan.

Di sebalik inisiatif yang mana syaratnya tidak diterima, rejim telah meneruskan pengeboman berbahayanya di Idlib, sementara pejuang jihad melancarkan serangan terhadap kedudukan yang ditawan oleh kerajaan.

Konflik selama lapan tahun itu telah mengorbankan lebih 370,000 nyawa dan menyebabkan jutaan kehilangan tempat tinggal. — AFP

Advertisement