Anda di sini

Seksual terhadap kanak-kanak, lelaki diarah bela diri

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan diperintah membela dirinya pada 28 Mei, atas pertuduhan melakukan kesalahan seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan.

Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus membuat keputusan itu terhadap Spencer Juli @ Chidon, 27, selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.

Pada Khamis kes disebut untuk keputusan pada peringkat akhir pendakwaan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memasukkan jarinya ke dalam kemaluan mangsa yang berusia 10 tahun pada waktu kejadian.

Kesalahan dilakukan pada 24 Ogos tahun lalu jam 5 petang di sebuah rumah kampung, di daerah Kota Belud.

Jika sabit salah mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 boleh dikenakan penjara selama 20 tahun dan sebat.

Sepanjang perbicaraan kes pada peringkat pendakwaan seramai lima saksi dipanggil untuk memberikan keterangan.

Dalam pada itu peguam Wati Junius memberitahu mahkamah, pihaknya akan memanggil dua saksi ketika peringkat bela diri.

Timbalan Pendakwaraya Rustam Sanip melakukan pendakwaan.

  • oleh
  • Advertisement