Anda di sini

AS sekat kemasukan 16 rakyat Arab Saudi

Advertisement
 Dalam gambar fail yang diambil pada 5 Oktober 2018, penunjuk perasaan membawa gambar Khashoggi sewaktu demonstrasi di depan konsulat Arab Saudi di Istanbul, Turki. — Gambar AFP
TUNTUT KEADILAN: Dalam gambar fail yang diambil pada 5 Oktober 2018, penunjuk perasaan membawa gambar Khashoggi sewaktu demonstrasi di depan konsulat Arab Saudi di Istanbul, Turki. — Gambar AFP

WASHINGTON: Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) pada Isnin telah menyekat kemasukan 16 rakyat Arab Saudi bagi apa yang dikatakan sebagai peranan mereka dalam pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi.

Pengumuman oleh Setiausaha Negara Mike Pompeo muncul ketika pentadbiran Presiden Donald Trump berdepan dengan tekanan dari Kongres mengenai responsnya terhadap pembunuhan di konsulat Arab Saudi di Istanbul pada Oktober lepas, yang mencetuskan peneliti-an antarabangsa yang tidak dijangkakan terhadap rekod hak asasi manusia kerajaan tersebut.

Satu kenyataan oleh Jabatan Negara menyenaraikan individu tersebut dan menyatakan mereka telah disiasat di bawah Seksyen 7031(c) bagi Jabatan Negara, Operasi Asing, dan Akta Peruntukan Program Berkaitan 2019.

Seksyen tersebut “menyatakan bahawa, dalam kes-kes di mana Setiausaha Negara mempunyai maklumat yang boleh dipercayai bahawa pegawai dari kerajaan asing telah terlibat dalam kegiatan rasuah signifikan atau pencabulan hak asasi manusia, maka individu tersebut dan anggota keluarga terdekat mereka adalah tidak dibenarkan untuk masuk ke Amerika Syarikat.

“Undang-undang memerlukan Setiausaha Negara me-namakan pegawai terbabit dan anggota keluarga mereka secara umum atau persen-dirian.”

Jabatan Negara sebelum ini telah membatalkan visa bagi hampir 24 pegawai Arab Saudi dan membekukan aset 17 yang lain.

Seorang pengkritik rejim Arab Saudi, Khashoggi telah dibunuh dan dikerat anggota badannya pada 2 Oktober di konsulat Arab Saudi di Istanbul oleh sepasukan 15 ejen yang dihantar dari Riyadh.

Mayatnya tidak pernah ditemui.

Selepas menafikan pembunuhan itu, Arab Saudi berkata operasi telah dilakukan oleh ejen yang di luar kawalan. Satu perbicaraan terhadap 11 suspek telah dibuka pada awal tahun ini di Arab Saudi.

Namun sebahagian besar kes masih lagi samar-samar, bermula dengan peranan putera mahkota Arab Saudi yang berkuasa dan pemerintah de facto, Mohammed bin Salman.

Senat AS, selepas taklimat secara tertutup oleh CIA, mengemukakan satu resolusi pada Disember menamakan putera mahkota sebagai “bertanggungjawab” bagi pembunuhan, sementara Trump telah menolak untuk me-nyatakan pendiriannya secara terbuka. — AFP

Advertisement