Anda di sini

Pasukan Kuching juara Futsal Antara Cawangan Kelab Perubatan Sarawak

Advertisement
 Sapri (berdiri, tujuh kiri) dan jawatankuasa penganjur bersama pasukan Kuching dan Sibu di pentas final kejohanan.
FINAL: Sapri (berdiri, tujuh kiri) dan jawatankuasa penganjur bersama pasukan Kuching dan Sibu di pentas final kejohanan.

PASUKAN Kuching merangkul kejuaraan (kategori lelaki) pada Kejohanan Futsal Antara Cawangan Kelab Perubatan Sarawak berlangsung di Stadium Tertutup Limbang.

Sementara itu, Sibu menduduki tempat kedua manakala Limbang Kerabau dan Bintulu berkongsi kedudukan ketiga.

 Sapri (lapan kiri) bersama pasukan Limbang Best dan Mukah sebelum berentap di final kejohanan.
BURU JUARA: Sapri (lapan kiri) bersama pasukan Limbang Best dan Mukah sebelum berentap di final kejohanan.
 Nuriah Muntiol menerima anugerah pemain wanita terbaik.
WANITA TERBAIK: Nuriah Muntiol menerima anugerah pemain wanita terbaik.

Bagi kategori wanita, juara dimenangi pasukan Mukah, kedua dibolot pasukan Limbang Best dan ketiga bersama dimenangi oleh pasukan Kapit dan Kuching.

Mohd Izzudin dari Kuching memenangi anugerah Pemain Lelaki Terbaik, sementara itu Nuriah Muntiol dari Pasukan Limbang Best dipilih sebagai pemain wanita terbaik.

Selain itu daerah Julau memenangi Anugerah ‘Fair Play’ Lelaki dan Miri memenangi Anugerah ‘Fair Play’.

Pemenang menerima hadiah berupa trofi dan pingat.

Sebanyak 15 pasukan seluruh Sarawak menyertai kejohanan itu.

Hadir merasmikan kejohanan tersebut ialah Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak, Dr Kamarudin Lajim.

Turut sama Pengerusi Kelab Perubatan Sarawak Cawangan Limbang, Sapri Amat.

Kejohanan Futsal Antara Cawangan Kelab Perubatan Sarawak  mendapat kerjasama padu daripada Persatuan Bola Sepak Bahagian Limbang (LFA).

  • oleh
  • Advertisement