Anda di sini

Parlimen Venezuela lucut imuniti Guaido

Advertisement
 Seorang kakitangan membisikkan maklumat kepada Guaido (kanan) ketika sesi Perhimpunan Kebangsaan di Caracas, Venezuela pada Selasa. — Gambar Reuters
IMUNITI DILUCUT: Seorang kakitangan membisikkan maklumat kepada Guaido (kanan) ketika sesi Perhimpunan Kebangsaan di Caracas, Venezuela pada Selasa. — Gambar Reuters

CARACAS: Penggubal undang-undang di Venezuela yang setia kepada Presiden Nicolas Maduro melucutkan imuniti ketua pembangkang Juan Guaido pada Selasa, dan memberi kuasa kepada mahkamah untuk mendakwanya kerana mengisytiharkan diri sebagai pemerintah negara yang dilanda krisis itu.

Guaido, dengan perisytiharannya itu yang diiktiraf oleh lebih 50 negara, sebelum ini menyuarakan kebimba-ngan akan diculik oleh ejen kerajaan ekoran permintaan daripada Mahkamah Agung kepada Dewan Pengundi untuk menarik balik imuniti parlimennya.

Pengkritik badan berusia dua tahun yang kontroversi itu berkata ia diwujudkan untuk meluluskan keputusan Maduro dan mengetepikan Dewan Negara yang dikuasai pembangkang.

Presiden Dewan Pengundi, Diosdado Cabello, meng-umumkan penggubal undang-undang pro-Maduro sebulat suara memberi kuasa kepada Mahkamah Agung untuk mendakwa Guaido, yang bermakna beliau juga boleh didakwa kerana melanggar larangan kerajaan pada 29 Januari lalu untuk meninggalkan negara.

Mahkamah telah menyiasat Guaido kerana merampas kuasa Maduro dengan mengisytiharkan diri sebagai presiden sementara pada 23 Ja-nuari lalu, satu tindakan yang dengan cepat memperolehi sokongan antarabangsa.

“Rakyat berazam tinggi dan tiada apa yang akan menghalang kami,” kata Guaido dengan ingkar. “Tiada menoleh ke belakang dalam proses ini.”

Guaido tidak mengiktiraf mahkamah mahupun Dewan Pengundi dan menegaskan keputusan itu tidak sah.

Keputusan mahkamah, yang dikeluarkan pada Isnin, menyebut tentang tindakan Guaido yang melanggar lara-ngan untuk melakukan lawatan ke luar Venezuela apabila beliau melawat Argentina, Brazil, Colombia, Ecuador dan Paraguay dari hujung Februari hingga awal Mac.

Tindakan itu diambil selepas pejabat ketua juruaudit negara Venezuela mengumumkan pada minggu lepas bahawa ia telah melucutkan hak Guaido untuk memegang jawatan kerajaan selama 15 tahun, satu keputusan yang beliau tolak sebagai tidak sah. — AFP

Advertisement