Anda di sini

AirAsia tambah 437 penerbangan sempena Hari Raya

Advertisement

SEPANG: AirAsia akan menambah 437 penerbangan sempena musim perayaan Hari Raya Aidilfitri antara 30 Mei dan 16 Jun ini.

Penerbangan tambahan yang ditawarkan adalah dari Kuala Lumpur ke Singapura, Kuching, Sibu, Miri, Sandakan, Tawau, Alor Setar, Kota Bharu, Langkawi, Terengganu dan Johor Bahru serta dari Johor Bahru ke Kuching, Miri, Sibu, Tawau dan Alor Setar.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat berkata, sebagai sebuah syarikat penerbangan untuk semua, pihaknya berbesar hati untuk menyatukan keluarga dan sahabat handai pada musim perayaan ini.

“Sehubungan itu, untuk menampung permintaan yang dijangka akan meningkat sempena musim ini, kami akan menambah penerbangan dengan menawarkan sebanyak 78,000 kerusi tambahan untuk membantu orang ramai pulang beraya.

“Kami juga akan berusaha menambah lebih banyak lagi penerbangan pada masa akan datang.

“Pada masa sama, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak berkuasa atas sokongan mereka dalam meluluskan penerbangan tambahan ini,” katanya dalam kenyataan media baru-baru ini.

Penerbangan tambahan ini boleh ditempah sekarang di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia.

Advertisement