Anda di sini

Cederakan bekas isteri: Lelaki ketahui nasib 2 Mei

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan akan mengetahui nasibnya pada 2 Mei di Mahkamah Majistret di sini, atas kesalahan mencederakan bekas isterinya.

Majistret Stephanie Sherron Abbie menetapkan tarikh itu terhadap Jesni Mani, 45, untuk jatuh hukum dan laporan perubatan mangsa.

Tertuduh mengaku salah dengan niat mencederakan mangsa, pada 28 Mac jam 9.45 malam di sebuah rumah di Putatan.

Jesni disabitkan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara selama tempoh setahun atau denda maksimum RM2,000, atau kedua-duanya.

Berdasarkan fakta kes, pengadu (mangsa) membuat laporan polis pada hari sama, mengatakan beliau dimarahi dan ditumbuk di bahagian pipi kirinya oleh tertuduh.

Tambahnya sebelum ini, tertuduh juga pernah merosakkan barang-barang yang terdapat di dalam rumah.

Terdahulu Pegawai Pendakwa Insp Suzie@Stephanie Kupit meminta tarikh baharu untuk sebutan semula kes, memandangkan laporan perubatan mangsa belum diperolehi.

Sementara menunggu tarikh jatuh hukum, mahkamah membebaskan tertuduh dengan memberikan ikat jamin sebanyak RM1,000 dicagarkan dua penjamin tempatan.

  • oleh
  • Advertisement