Anda di sini

Wanita terkaya di Rusia antara yang maut nahas pesawat di Jerman

Advertisement

BERLIN: Sebuah pesawat terhempas di Jerman kelmarin mengorbankan tiga orang, menurut polis, ketika salah seorang wanita terkaya di Rusia itu dikenal pasti pihak syarikat miliknya sebagai antara mangsa terbabit.

Natalia Fileva, pemilik bersama sebuah syarikat penerbangan swasta Rusia S7, meninggal dunia dalam kemalangan itu, menurut pihak syarikat dalam satu kenyataan.

Dalam perkembangan berkaitan, sebuah kereta polis yang bergegas ke tempat kejadian bertembung dengan sebuah kenderaan lain, mengorbankan dua orang di dalamnya dan mengakibatkan kecederaan serius terhadap tiga anggota polis, lapor agensi berita DPA.

Nahas udara yang melibatkan sebuah pesawat dengan enam tempat duduk dalam perjalanan dari Perancis ke pekan Egelsbach di selatan Frankfurt yang terhempas di sebuah ladang kira-kira jam 1.30 petang waktu tempatan, menurut polis.

Seorang penumpang kedua, juga dipercayai sebagai rakyat Rusia, dan juruterbang turut terkorban.

Fileva, yang mana suami beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif S7 Vladislav Filev, telah disenaraikan pada 2018 majalah Forbes sebagai wanita keempat paling kaya di Rusia dengan harta kekayaan disenaraikan pada 2018 sebanyak AS$600 juta.

Pada 31 Mac, 2019, pemegang saham S7 Airlines Natalia Fileva telah terkorban pada usia 55 tahun ketika menaiki pesawat persendirian Epic-LT ke lapangan terbang Frankfurt.

“Punca tragedi masih belum diketahui,” menurut syarikat tersebut dalam satu kenyataan.

“Sejurus impak, pesawat itu telah hangus terbakar,” kata polis pula.

Kenyataan polis menyatakan penumpang kemungkinan hanya dapat dikenal pasti secara positif pada minggu depan. — AFP

Advertisement