Anda di sini

Karim Bujang umum tanding ketua bahagian Warisan Kimanis

Advertisement
KARIM BUJANG
KARIM BUJANG

KOTA KINABALU: Ketua Cawangan Warisan Mandahan Datuk Karim Bujang mengumumkan untuk bertanding bagi jawatan ketua Parti Warisan Sabah (Warisan) Bahagian Kimanis pada pemilihan parti bahagian itu yang dijangka akan berlangsung pada 7 April ini.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat bagi membantu mengukuhkan lagi Warisan khususnya di Kimanis sekali gus mengangkat parti bagi menerajui Kerajaan Negeri Sabah.

"Saya dengan rendah diri ingin menawarkan diri bagi bertanding jawatan ketua bahagian Warisan Kimanis dalam pemilihan parti kali ini.

"Saya ingin membantu menguatkan parti Warisan Bahagian Kimanis. Pertamanya, saya akan memperkasakan ahli dan kepimpinan bahagian dengan melaksanakan beberapa kursus jati diri bagi melahirkan pemimpin yang berkualiti.

"Sekiranya terpilih, saya akan membuka sebuah pejabat parti Warisan Bahagian Kimanis bagi memastikan segala urusan berkenaan parti berjalan lancar sekali gus memudahkan orang ramai terutama rakyat mendapat perkhidmatan.

"Seterusnya, saya akan melaksanakan beberapa inisiatif bagi membangunkan ekonomi setempat menerusi perancangan jangka panjang dalam pelbagai industri yang berpontensi dibangunkan di Kimanis," katanya pada sidang media di sini.

Dalam pada itu, Karim yang juga bekas calon Parlimen Kimanis pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lepas berkata, selain ingin membantu mengukuhkan Warisan Bahagian Kimanis, beliau juga mahu memperkasa peranan wanita dalam pelbagai aspek terutama dari segi kepimpinan dan sosial termasuklah ekonomi.

Selain itu, beliau juga mahu membangunkan industri pelancongan di kawasan Kimanis yang menurutnya mempunyai potensi besar meningkatkan sosioekonomi penduduk setempat.

"Tidak lupa juga saya akan memperkasakan aspek pendidikan bagi memastikan Kimanis mampu melahirkan lebih ramai graduan berkualiti yang dilihat mampu menyumbang kepada pembangunan kawasan ini secara tidak langsung," katanya.

  • oleh
  • Advertisement