Anda di sini

Kerajaan akan bangunkan Pekan Baru Melalap

Advertisement
SHAFIE (tengah) menyempurnakan simbolik perasmian majlis itu. Turut kelihatan ialah Jaujan (tiga kiri), Peter (dua kanan), Masnah (tiga kanan) dan Mursidi (kanan).
SHAFIE (tengah) menyempurnakan simbolik perasmian majlis itu. Turut kelihatan ialah Jaujan (tiga kiri), Peter (dua kanan), Masnah (tiga kanan) dan Mursidi (kanan).

TENOM: Kerajaan Negeri menerusi Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) akan membangunkan Pekan Baru Melalap di sini.

Pihak Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah (JPBW) Sabah telah menyediakan satu cadangan Pelan Konsep Pekan Baru Melalap pada Mac 2019.

Ia meliputi zon guna tanah keseluruhan seluas 257.96 ekar.

Pihak Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) telah memaklumkan pengambilan tanah untuk pekan baharu itu adalah wajib dan diwartakan mengikut Seksyen 3 Ordinan Pengambilan Tanah Bab 69.

LPPB telah memohon keseluruhan kawasan Pekan Baru Melalap.

Dalam usaha mewujudkan Pekan Baru Melalap, satu kawasan seluas lebih kurang 200 ekar telah dikenal pasti oleh kerajaan.

Lokasi tapak adalah 12 kilometer dari Pekan Tenom, terletak di laluan Jalan Tenom-Keningau.

Setelah berunding, syarikat swasta pemilik tapak itu bersetuju menyerahkan tanah itu kepada kerajaan untuk membangunkan Pekan Baru Melalap dengan mengambil bahagian dalam pembangunan itu.

Majlis Pecah Tanah Daerah Melalap telah disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di sini pada Ahad.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) Datuk Jaujan Sambakong, Menteri Pembangunan Insfrastruktur Datuk Peter Anthony, Setiausaha Tetap KKTP Masnah Mat Salleh, Pengerusi LPPB Tan Sri Wences Anggang, Pengarah Jabatan Perancang Bandar dan Wilayah TPr Haji Mursidi Sapie dan Pengurus Besar LPPB George Liew.

  • oleh
  • Advertisement