Anda di sini

 Doktor selamat selepas kenderaan terbabas

Advertisement
KEROSAKAN teruk yang dialami struktur pondok pengawal keselamatan Taman Sri Apas, Batu 8 Jalan Apas Tawau.
KEROSAKAN teruk yang dialami struktur pondok pengawal keselamatan Taman Sri Apas, Batu 8 Jalan Apas Tawau.

TAWAU: Seorang doktor terselamat selepas kenderaannya terbabas dan melanggar dinding pondok pengawal keselamatan Taman Sri Apas, Batu 8 Jalan Apas di sini, kira-kira jam 1.15 petang Sabtu.

Siasatan polis mengesyaki kenderaan pacuan empat roda yang dipandu doktor, 33, lelaki, itu terbabas dan hilang kawalan kesan terlanggar lopak air di atas jalan raya.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata kemalangan berkenaan juga menyebabkan kenderaan mangsa turut melanggar tiang simen pintu pagar berdekatan.

“Siasatan awal juga menunjukkan bahawa pemandu kenderaan tidak mabuk semasa memandu,” katanya sambil mengesahkan pemandu tidak mengalami kecederaan.

Berdasarkan siasatan, katanya, sebelum kemalangan itu doktor berkenaan dalam perjalanan dari arah Bandar Sri Indah Batu 10 Jalan Apas menuju ke Bandar Tawau.

Bagaimanapun, kenderaan doktor itu disyaki terbabas selepas terlanggar lopak air di atas jalan (difahamkan, lokasi kejadian mengalami hujan lebat semasa kemalangan).

“Pemandu dipercayai hilang kawalan pemanduan sebelum kenderaannya terbabas dan merempuh pondok pengawal keselamatan serta tiang pintu pagar berhampiran jalan.

“Impak kemalangan itu juga mengakibatkan kenderaan mangsa dan sebahagian struktur pondok pengawal keselamatan terbabit mengalami kerosakan teruk,” katanya.

Siasatan kes dikendalikan oleh Pegawai Penyiasat Sjn Jabinus Mailon dan dijalankan di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Pengangkutan Jalan LN 166/ 59.

  • oleh
  • Advertisement