Anda di sini

Monsanto diarah bayar pampasan AS$81 juta

Advertisement
 Hardeman (kiri) pulang bersama isterinya Mary (kanan) selepas dia memenangi kesnya menentang syarikat Monsanto                di San Francisco, California pada Rabu. — Gambar AFP
MENANG: Hardeman (kiri) pulang bersama isterinya Mary (kanan) selepas dia memenangi kesnya menentang syarikat Monsanto di San Francisco, California pada Rabu. — Gambar AFP

SAN FRANCISCO: Monsanto pada Rabu diarah membayar kira-kira AS$81 juta (RM324 juta) kepada seorang pesara di Amerika yang menyalahkan racun rumpai Roundup yang dibuat oleh syarikat agroperniagaan gergasi itu bagi kanser yang dihidapinya.

Juri San Francisco mendapati syarikat itu, yang dimiliki Bayer, “cuai apabila ia tidak mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah” untuk memberi amaran tentang risiko produknya, dan meng-arahkannya untuk membayar kepada  Edwin Hardeman AS$75 juta sebagai ganti rugi hukuman, AS$5.6 juta sebagai pampasan dan AS$200,000 bagi perbelanjaan perubatan.

Juri juga mendapati reka bentuk Roundup ada kelemahan dan produk itu tidak ada amaran yang memadai menge-nai risiko yang berpotensi.

Juri sama sebelum ini mendapati pendedahan selama sesuku abad kepada Roundup, dengan ramuan utamanya adalah kimia kontroversi ‘glyphosate’, merupakan “faktor penting” yang memberi limfoma bukan-Hodgkin kepada Hardeman, 70.

Keputusan itu menandakan kekalahan yang besar bagi Bayer, yang membeli Monsanto pada tahun lepas de-ngan harga AS$63 bilion dan menyaksikan nilai sahamnya menjunam disebabkan oleh litigasi itu.

Syarikat itu berkata ia akan mengemukakan rayuan ter-hadap keputusan itu walaupun ia bersimpati dengan nasib Hardeman.

“Kami kecewa dengan ke-putusan juri, tetapi keputusan ini tidak mengubah kekuatan sains yang meluas selama empat dekad dan kesimpulan badan pengawal di seluruh dunia yang menyokong ke-selamatan racun rumpai ber-asaskan ‘glyphosate’ kami dan ia tidak menyebabkan kanser,” Bayer menyebut dalam satu kenyataan.

“Keputusan dalam perbicaraan ini tidak ada impak ke atas perbicaraan dan kes pada masa depan, kerana setiap satu mempunyai ke-adaan perundangan dan fakta tersendiri.”

Peguam Hardeman, yang bersorak dan memeluk anak guam mereka selepas ke-putusan diumumkan, berkata mereka gembira kerana juri sebulat suara membuat keputusan yang memihak kepadanya dan Monsanto telah dipertanggungjawab-            kan.

“Ia adalah jelas daripada tindakan Monsanto bahawa ia tidak peduli sama ada Roundup menyebabkan kan-ser ataupun tidak, sebaliknya memberi fokus kepada usaha untuk memutar-belit pendapat awam dan menjejaskan sesiapa sahaja yang menimbulkan kebimbangan yang tulen dan sahih mengenai Roundup,” dua peguam, Aimee Wagstaff dan Jennifer Moore, menyebut dalam satu kenyataan.

“Ia menjelaskan segalanya bahawa tidak seorang pun pekerja Monsanto, baik pada masa lalu mahupun sekarang, datang secara langsung ke perbicaraan untuk mempertahankan keselamatan Roundup ataupun tindakan Monsanto.”

Kes itu adalah satu daripada lebih 11,200 kes yang sama di Amerika Syarikat sahaja melibatkan Roundup.

Pada tahun lepas, Monsanto tewas dalam satu kes kepada seorang penjaga sekolah di California yang mengalami limfoma bukan-Hodgson dan menyaman syarikat itu berhubung dua racun rumpai ‘glyphosate’, Roundup dan Ranger Pro.

Monsanto pada mulanya diarah untuk membayar AS$289 juta kepada Dewayne Johnson, sebelum ganti rugi dikurangkan kepada AS$78.5 juta (RM314 juta).

Monsanto dengan konsisten menafikan racun rumpai itu menyebabkan kanser dan mencabar penemuan Agensi Antarabangsa bagi Penyeli-dikan Kanser, sebuah agensi dalam Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), yang mengklasifikasikan ‘glyphosate’ sebagai “karsinogen yang berkemungkinan” pada 2015. — AFP

Advertisement