Anda di sini

Beri keterangan palsu: Lelaki didenda RM1,500

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan yang memberikan laporan palsu kepada penjawat awam, dikenakan denda RM1,500 oleh Mahkamah Majistret di sini.

Majistret Afiq Agoes menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Nor Adnie Gani yang tidak diwakili peguam selepas mengaku salah.

Tertuduh memberikan keterangan kepada pegawai penyiasat, bahawa beg sandangnya yang mengandungi MyKad dan beberapa dokumen, yang diletakkan di motosikal dicuri.

Keterangan berkenaan diberi dengan niat supaya penjawat awam terbabit bertindak mengikut tugasnya.

Kesalahan dilakukan pada 17 Mac jam 11 pagi di pejabat pegawai penyiasat IPD Karamunsing di sini.

Untuk itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksan yang boleh dikenakan penjara selama enam bulan atau denda maksimum RM2,000, atau kedua-dua sekali.

Semasa rayuan, tertuduh memohon hanya dikenakan denda dan menyatakan begnya tertinggal di motosikal.

Tambahnya, dirinya tidak menuduh rakannya sehingga menyebabkan rakannya ditangkap, tetapi hanya menyatakan orang awam.

Dalam pada itu, sekiranya tertuduh gagal membayar denda berkenaan, penjara selama dua bulan dikenakan.

  • oleh
  • Advertisement