Anda di sini

Penggiat seni perlu ambil peluang sertai program singgah sini, santai seni

Advertisement
ASSAFAL ketika meninjau pameran yang diadakan pada program berkenaan.
ASSAFAL ketika meninjau pameran yang diadakan pada program berkenaan.

KOTA KINABALU: Penggiat seni dan budaya disarankan untuk mengambil peluang melibatkan diri dalam program singgah sini, santai seni sepanjang tahun 2019.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Christina Liew berkata, program yang diadakan di Pentas Budaya akan dijadikan tempat kepada para pengiat seni dan budaya bagi menempatkan karya masing-masing.

"Sebelum ini saya mendapati bahawa para penggiat seni dan budaya sering kali merungut mengenai ketiadaan tempat dan ruangan bagi mereka untuk berkarya.

"Maka program yang diadakan ini terbuka kepada mereka untuk menonjolkan bakat masing-masing," katanya ketika merasmikan Program Singgah Sini, Santai Seni di Pentas Budaya Laman Seni Wisma Budaya di sini pada malam Sabtu.

Teks ucapannya disampaikan Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Assafal P Alian.

Christina yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar berkata, program itu diharapkan dapat melahir serta mencungkil bakat anak-anak muda dan para penggiat seni yang berkemahiran tinggi dalam setiap acara yang dipersembahkan.

"Saya juga berharap program ini menjadi pusat menzahirkan bakar dan keunikan budaya Sabah yang sekaligus mempromosikan pelancongan budaya," katanya.

Beliau juga berharap program itu akan diberikan sokongan penuh oleh semua pihak disamping turut serta dalam acara berkenaan.


 

  • oleh
  • Advertisement