Anda di sini

Lapan lelaki ditahan dalam Ops Sarang Khas

Advertisement
SALAH satu lokasi serbuan dalam Ops Sarang Khas.
SALAH satu lokasi serbuan dalam Ops Sarang Khas.

KOTA KINABALU: Seramai lapan lelaki ditangkap dalam Ops Sarang Khas yang dijalankan bermula jam 1 petang hingga 8.30 malam Sabtu lepas.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, operasi berkenaan membabitkan kawasan Kampung Lobou dan Lok Buno Manggatal dekat sini.

Menurutnya, kesemua suspek berumur dalam lingkungan 15 hingga 48 tahun.

"Seramai empat suspek disiasat mengikut Seksyen 15 (1)(A) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan dua lagi suspek disiasat di bawah Seksyen 12 (2) ADB 1952.

"Turut disiasat dua lelaki mengikut Seksyen 6 (1)(C) Akta Imigresen 1963," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, dadah jenis syabu seberat 0.2 gram dengan anggaran nilai RM30 turut dirampas dalam operasi itu.

Habibi berkata, sepanjang operasi dijalankan, seramai 25 lelaki menjalani pemeriksaan.

  • oleh
  • Advertisement