Anda di sini

Seluruh dunia lihat siapa sebenarnya pengganas: Balu mangsa Christchurch

Advertisement
 Zaid (kiri) dan ibunya menangis ketika mengadakan                sidang media di Christchurch pada Jumaat. — Gambar AFP
SEDIH: Zaid (kiri) dan ibunya menangis ketika mengadakan sidang media di Christchurch pada Jumaat. — Gambar AFP

CHRISTCHURCH: Salwa Mustafa kehilangan seorang suami dan anak lelaki dalam serangan oleh militan ketua-nan kulit putih di Masjid Al Noor, namun pelarian Syria itu mempunyai satu pesanan bantahan untuk dunia seminggu selepas tragedi tersebut.

“Sekiranya mereka me-mikirkan bahawa mereka sedang memusnahkan kami, mereka silap,” beliau memberitahu satu sidang media sambil memegang tangan anak lelakinya yang masih hidup, yang ditembak di bahagian kaki semasa kejadian itu.

“Apa yang berlaku membuatkan kami lebih kuat, kerana kami bukannya pengganas,” tegasnya.

“Orang mengatakan bahawa... orang Muslim adalah pengganas. Seluruh dunia melihat siapa yang  menjadi pengganas,” tambahnya. “Muslim adalah orang yang cintakan keamanan dan kasih sayang, bukannya pengganas.”

“Serta saya mengharapkan seluruh dunia sekarang dapat memahami Islam yang sebenarnya, realiti mengenai Islam,” tambah beliau.

Khalid Mustafa dan anak lelakinya yang berusia 15 tahun Hamza merupakan orang pertama daripada 50 mangsa dalam kejadian tembakan di dua masjid di bandar selatan New Zealand yang dikebumikan pada Rabu lepas.

Keluarga tersebut tiba di New Zealand pada tahun lepas sebagai pelarian akibat konflik di Syria, hanya untuk mendapati diri mereka sen-diri menjadi mangsa kepada keganasan di sebuah negara yang mereka fikirkan sebagai selamat.

Suspek, seorang rakyat Australia bernama Brenton Tarrant, menceritakan motivasinya dalam satu manifesto merewang di mana dia menyebut tentang keinginan untuk menentang “penceroboh Islam”.

Dalam sidang media penuh emosi pada Jumaat, balu Mustafa dan anak lelakinya yang masih hidup Zaid, 13, mengucapkan terima kasih kepada penduduk New Zealand kerana menganjurkan seruan negara untuk bersembahyang pada hari Jumaat.

Zaid, yang duduk di atas kerusi roda dengan sehelai selimut menutupi kakinya yang tercedera, menyatakan beliau berasa sedih dengan kehila-ngan bapa dan abangnya.

“Saya berasa seperti sekira-nya saya meninggal dunia dan bapa serta abang masih lagi hidup, ia adalah lebih baik,” kata beliau, sambil mengesat air matanya.

Namun beliau berjanji akan meneruskan kehidupan demi mereka.

“Saya berasakan seperti sekiranya saya hanya duduk dan bersedih sepanjang masa, ia tidak akan memberikan sebarang makna,” tambah beliau.

“Saya sedang memikirkan untuk meneruskan hidup saya seperti tiada orang yang telah meninggal dunia.”

Zaid menambah bahawa beliau akan kembali bersembahyang di masjid Al Noor sebaik sahaja ia dibuka semula dan selepas beliau sembuh dari kecederaannya.

“Ia sangat bermakna, untuk bersyukur kepada Tuhan bagi segala-gala yang telah berlaku,” jelas beliau. — AFP

Advertisement