Anda di sini

Petani rogol anak tiri dipenjara 27 tahun 

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Seorang petani tempatan tidak mampu menahan tangisannya, apabila dikenakan penjara 27 tahun atas kesalahan merogol anak tirinya. 

Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohamad Salim menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh yang berusia 50 tahun, selepas mengaku salah mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan. 

Tertuduh merogol mangsa yang berusia 11 tahun empat bulan pada awal Februari jam 7 malam di sebuah rumah kampung di Tenghilan, Tamparuli. 

Hukuman yang diperuntukkan penjara antara lapan tahun hingga 30 tahun dan tidak kurang 10 sebatan. 

Namun, tiada sebatan dikenakan terhadap tertuduh berikutan faktor umur. 

Mengikut fakta kes, laporan polis dibuat pada 7 Mac oleh pengadu yang mengatakan anaknya dirogol tertuduh semasa cuti Tahun Baharu Cina di rumah mereka. 

Siasatan awal menunjukkan, pengadu adalah ibu kepada mangsa dan tertuduh adalah ayah tirinya. 

Menurut keterangan mangsa, pada 4 Mac semasa gurunya memberikan penerangan mengenai subjek yang berkaitan seks, mangsa kemudian menceritakan kejadian yang menimpa dirinya. 

Selepas mendengar luahan mangsa, guru berkenaan memanggil pengadu ke sekolah, namun tidak memberitahu perkara itu sebaliknya membawa pengadu dan mangsa ke balai polis. 

Semasa di balai polis mangsa menceritakan kejadian yang berlaku kepada pengadu, lalu pengadu membuat laporan polis untuk tindakan susulan. 

Siasatan lanjut mendedahkan, mangsa dirogol sejak berada dalam darjah lima pada tahun lalu, kejadian berkenaan sudah sering berlaku namun mangsa hanya berdiam diri kerana takut. 

Kejadian kali terakhir berlaku pada awal Februari ketika cuti Tahun Baharu Cina, ketika hanya mangsa dan adiknya yang berusia tiga tahun berada di rumah, sementara ibunya berada di kampung halaman di Kudat. 

Mangsa kemudian dirujuk ke hospital pada 7 Mac, hasil pemeriksaan mendapati terdapat kesan koyakan lama pada hymen mangsa. 

Semasa rayuan tertuduh yang tidak diwakili peguam sambil menangis meminta hukumannya diringankan. 

"Saya menyesal dengan perbuatan yang suda lakukan. Saya masih perlu menanggung lima anak yang masih kecil berusia lima tahun," katanya. 

Namun Timbalan Pendakwaraya Nur Faezah Jafry menyatakan hukuman berat harus dikenakan terhadap tertuduh. 

"Kes seperti ini sering berlaku. Mohon juga mahkamah mempertimbangkan umur mangsa yang merupakan anak isterinya," katanya. 

Noor Hafizah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman berkenaan bermula dari tarikh tangkap pada 7 Mac. 

  • oleh
  • Advertisement