Anda di sini

Hadiah Abel 2019 dianugerah kepada ahli matematik wanita buat julung kali

Advertisement
UHLENBECK
UHLENBECK

OSLO: Wanita mengambil satu lagi langkah ke hadapan dalam dunia sains yang masih didominasi lelaki pada Selasa apabila Karen Uhlenbeck dari Amerika Syarikat (AS) memenangi Hadiah Abel dalam matematik untuk kerjanya ke atas persamaan yang sebahagiannya berbeza mengikut keadaan (partial differential equations).

“Karen Uhlenbeck menerima Hadiah Abel 2019 untuk kerja asas beliau dalam analisis geometrik dan teori sukatan, yang telah mengubah landskap matematik secara dramatik,” pengerusi Jawatankuasa Abel, Hans Munthe-Kaas, menyebut dalam satu kenyataan.

“Teorinya telah mengubah pemahaman kita tentang permukaan minimum, seperti permukaan yang dibentuk oleh buih sabun, dan masalah peminimuman yang lebih umum dalam dimensi yang lebih tinggi.”

Beliau merupakan wanita pertama memenangi hadiah itu, yang disertai cek berjumlah enam juta kroner (RM2.98 juta).

Beliau juga seorang pendokong kesamarataan jantina dalam sains dan mate-matik.

“Saya sedar tentang hakikat bahawa saya adalah contoh teladan bagi wanita muda dalam matematik,” kata Uhlenbeck, menurut satu kenyataan Princeton.

Uhlenbeck, 76, merupakan seorang sarjana penyelidikan kanan jemputan di Universiti Princeton, selain sekutu jemputan di Institut Pengajian Lanjutan (IAS), kedua-dua-nya di AS.

Anak jati Cleveland itu “membentuk alat dan kaedah dalam analisis global, yang kini berada dalam kotak alat setiap geometer dan penganalisis,” kata Akademi Sains dan Surat Norway.

Dengan anugerah itu, Uhlenbeck menyertai kelab yang sangat kecil bagi wanita yang telah memenangi hadiah saintifik.

Daripada 607 hadiah Nobel bagi fizik, kimia atau perubatan antara 1901 hingga 2018, hanya 19 wanita sahaja adalah antara penerima anugerah tersebut, menurut laman se-sawang Hadiah Nobel.

Marie Curie menang dua kali, sekali untuk fizik dan sekali lagi untuk kimia.

Hanya seorang wanita sahaja memenangi satu lagi hadiah matematik antarabangsa yang penting – Pingat Fields – Maryam Mirzakhani dari Iran pada 2014. Beliau meninggal dunia pada 2017.

Ahli matematik Prince-ton, Alice Chang Sun-Yung, yang merupakan seorang ahli jawatankuasa Abel, berkata “wanita adalah pendatang yang agak baharu sebagai ahli matematik penyelidikan, jadi ia akan memakan sedikit masa bagi kita untuk sampai ke tahap ‘pemenang hadiah tertinggi’”.

“Perlu ada ‘massa kritikal’ sedikit, bukan hanya beberapa individu luar biasa yang benar-benar cemerlang bagi komuniti matematik untuk mengiktiraf dan menerima wanita sebagai sama berbakat (dalam mate-matik” seperti lelaki,” katanya kepada AFP.

“Namun perubahan akan berlaku dan sedang dirasai,” tambahnya, sambil menarik perhatian kepada kemena-ngan Uhlenbeck dan Claire Voisin, yang memenangi hadiah Shaw dalam sains pada 2017.

Dinamakan sempena ahli matematik Norway pada abad ke-19, Niels Henrik Abel, hadiah itu diwujudkan oleh kerajaan Oslo pada 2002 dan pertama kali dianugerahkan setahun kemudian, untuk memberi penghormatan kepada kerja saintifik yang cemerlang dalam bidang matematik, satu disiplin yang tidak dimasukkan sebagai anugerah Nobel.

Selain Pingat Fields, yang dianugerahkan setiap empat tahun di Kongres Kesatuan Matematik Antarabangsa (IMU), ia merupakan salah satu hadiah matematik paling berprestij di dunia. — AFP

Advertisement